Friday 2 October 2009


Simbol Islam

















p.s; Tulisan saya sebelumnya tentang Masjid dan simbolisme boleh dirujuk sejarah bulan dan bintang ini.

Azizul Azli Ahmad


new mosque












Kufa Mosque 1915











MASYARAKAT ISLAM DI NUSANTARA

Pengenalan
Sebelum kedatangan Islam di Nusantara, masyarakat di sini dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha. Kepercayaan mereka diselaputi oleh unsur-unsur Hindu-Buddha. Selepas kedatangan agama Islam, masyarakat di sini masih tidak dapat meninggalkan amalan awal mereka. Walaupun mereka telah menganuti agama Islam, tetapi masih terdapat amalan seharian mereka yang membawa unsur Hindu-Buddha.

Masyarakat Islam di Melaka
Terdiri daripada penduduk pribumi, Cina, India, Parsi dan sebagainya.
Orang Melayu menjadi teras pembentukan Kerajaan Melaka - memainkan peranan penting dalam politik, ekonomi dan sosial.
Sebanyak 84 bahasa dipertuturkan tetapi Bahasa Melayu sahaja menjadi bahasa lingua franca.

Pengelasan Masyarakat
Akibat kemunculan beberapa institusi pentadbiran dan kebudayaan.
Tujuan: mengawal dan menjaga nilai, norma dan sistem masyarakat yang sedia ada.
Kelas pemerintah: (1) Raja - Khalifatullah fi al-ard (Khalifah Allah di dunia), memakai gelaran Sultan atau Yang Dipertuan, Menduduki hierarki pentadbiran yang tertinggi, baginda mempunyai daulat - bergantung kepada kekuatan rohaniyah dan jasmaniyah; (2) Pembesar - terdiri daripada bangsawan, bergelar menteri, orang kaya dan Dato'.
Kelas diperintah: Rakyat dan hamba.
Di antara kedua-dua kelas ini ada alim ulama dan saudagar/pedagang.

Hukuman
Setiap golongn itu adalah berbeza.
Jelas dilihat dalam Hukum Kanun Melaka atau Undang-undang Melaka.
Undang-undang untuk hamba berbeza dengan undang-undang untuk golongan merdeka.

Demografi Penduduk
Raja dan kerabatnya - di atas bukit - kawasan yang strategik dari segi keselamatan dan pertahanan.
Pembesar - lereng bukit mengikut kumpulan.
Rakyat - kaki bukit.
Orang laut - tepi pantai atau sungai.

Sistem Masyarakat
Berasaskan konsep kesedaran kelas - terbentuk undang-undang Temenggung.
Mengikut undang-undang ini, semakin tinggi taraf dan status sosial, semakin luas bidang kuasa dan boleh juga terlepas dari hukuman.
Perbezaan status dapat dilihat pada protokol istana. Sebagai contoh, dalam istana menjunjung duli, menteri dan pembesar didahulukan, kemudian bentara, sida-sida dan seterusnya. Penggunaan bahasa seperti beta, santap oleh raja; patik, tuanku oleh pembesar dan rakyat.
Berasaskan sistem ini, wujud lagi konsep daulat dan derhaka.
Konsep daulta (sovereignty) - kuasa halus yang hanya dimiliki oleh raja dan kata-kata raja menjadi undang-undang tanpa banyak budi bicara.
Konsep derhaka - sebarang tentangan terhadap raja dianggap derhaka dan akan menerima padah seperti hukuman bunuh.
Kedudukan sosial juga mempengaruhi bentuk hukuman yang diterimanya - semakin tinggi kedudukannya, semakin besar peluangnya terlepas daripada hukuman; semakin rendah kedudukannya, hukumannya lebih berat.

Adat-istiadat dan Peraturan
Bercanggah dengan ajaran Islam.
Dalam Islam, perbezaan darjat disebabkan oleh ketakwaan dan amal salihnya dan bukannya keturunan.
Walau bagaimanapun, masih terdapat adat yang selaras dengan ajaran Islam. Sebagai contoh, hukuman rejam kerana berzina, potong tangan kerana mencuri.
Adat-istiadat yang berunsur Islam juga dipraktiskan, contohnya menyambut bulan Ramadan, Hari Raya Puasa dan sebagainya.

Masyarakat Islam di Filipina
Masyarakat Islam di Filipina biasanya dikenali sebagai masyarakat Moro.
Kedatangan Islam ke Filipina bermula dari Sulu. (abad ke-13, Tuan Mashaika dan Tuan Maqbalu; 1380 - Karim al Makhdum; abad ke-15, Raja Baguinda; Kesultanan Sulu didirikan - raja pertama: Sayyid Abu Bakar; Apabila Raja Baguinda mangkat, Abu Bakar mengangkat dirinya menjadi Sultan Sulu; dari sini, Islam tersebar ke Maguindanao (Mindanao) pada 1460 M hasil dakwahan Sharif Awliya dan Sharif Maraja.
1515 M, Sharif Muhammad Kabungsuan (Arab dari Johor) berkahwin dengan Tonina, Puteri Cotabato - bermulanya sejarah kesultanan Islam di Filipina.
Islam tersebar ke Manila - kerajaan Islam Manila ditubuhkan.
Kerajaan ini tidak bertahan lama disebabkan oleh serangan Sepanyol - kerajaan ini runtuh.
Dengan itu, pendudukan Islam di Pulau Luzon tamat.
Kemudian, Sepanyol sampai ke Manila pada 1566 M dan serangan dibuat ke atas Mindanao. Sejak itu, peperangan sering berlaku antara orang Islam dan Sepanyol.

Masyarakat Islam di Pattani
Islam sampai ke Pattani pada abad ke-10 atau 11 M.
Selapas 300 tahun, barulah golongan bangsawan memeluk Islam.
1457 M, Raja Pattani memeluk Islam - gelaran Sultan Ismail Syah - sejak itu, agama Islam tersebar luas.
Pattani yang dimaksudkan termasuk Naratiwath, Yala dan sebahagian Songkhla - namanya diambil daripada nama Pak Tani.
Masyarkat Islam Pattani bertutur dalam Bahasa Melayu.

Masyarakat Islam di Jawa
Tarikh kedatangan Islam ke Jawa tidak dapat ditentukan.
Pihak sejarahwan Indonesia percaya bahawa Islam datang ke Jawa melalui pedagang-pedagang - mereka berasimilasi dengan penduduk tempatan dan mengembangkan agama ini melalui perkahwinan.


Dipercayai juga agama Islam sampai ke Indonesia di bawa oleh Maulana Malik Ibrahim.
Beliau datang ke Jawa pada 1416 M.
Beliau merupakan salah seorang Wali Songo atau Wali Sembilan.
Wali Songo ini mempunyai kebolehan luar biasa dan kesaktian yang tiada tandingan.
Wali Songo ini telah diangkat sebagai ketua dalam segala hal yang berkaitan dengan Islam.
Pada zaman Wali Songo, unsur Islam hanya diserap masuk dalam wayang kulit, gamelan dan sebagainya.
















MASYARAKAT ISLAM DI INDIA

Pengenalan
Di kalangan masyarakat Arab, India dikenali sebagai Sind atau Hind. Sebelum kedatangan Islam, India telah pun mempunyai hubungan perdagangan dengan masyarakat Arab. Apabila Islam hadir, hubungan perdagangan antara India dan Arab masih diteruskan. Kawasan-kawasan pantai termasuk Lautan Hindi telah menjadi sasaran para pendakwah untuk menyebarkan agama Islam.

Perkembangan Awal Agama Islam di India
Islam mula tiba di India pada kurun ke-7 M.
636-637 M, tentera Islam cuba menawan Thana - gagal.
634 M, tentera Islam menyerang India - dipimpin oleh Abdullah Bin Amir - berjaya menawan sebahagian besar Lembah Hind.






Zaman Muawiyah Bin Abu Sufian - menawan Kabul dan Lahore.
Zaman Khalifah al-Walid Bin Abdul Malik - menembusi benteng pertahanan India.
712 M, Muhammad Bin al-Qasim menawan Daibul dan meruntuhkan beberapa buah kuil Hindu dan Buddha dan mendirikan sebuah masjid.
Kemudian, beliau dilantik menjadi Gabenor wilayah Multan.
Ramai orang menyambut ketibaan tentera Islam seperti puak Jat dan Med.
Beliau (a) membebaskan orang yang tidak menentang atau tidak terlibat dalam perang; (b) menjamin keselamatan harta benda dan nyawa penduduk; (c) mengenakan jizyah terhadap bukan Islam; dan (d) menjamin tidak meruntuhkan kuil dan gereja kalau mematuhi pemerintahan Islam.
Ramai rakyat dari golongan Brahmin telah dilantik untuk menjawat jawatan tinggi.
Perkembangan Islam terbantut apabila Muhammad Bin al-Qasim diperintah pulang oleh Khalifah Bani Umayyah.

Kerajaan Ghaznawi
Zaman Mahmud Ghaznawi, Punjab menjadi daerah Islam.
Penaklukan Punjab menamatkan ancaman lanun terhadap pedagang Islam, menamatkan ancaman raja Hindu terhadap Kerajaan Bani Umayyah.
Kalinjar, Lahoer, Gwalior, Kanauj, Delhi dan Ajmer diserah semula kepada penduduk tempatan untuk meneruskan pemerintahan mereka.
Masyarakat Hindu tidak tertindas, malah ada yang dilantik menjawat jawatan penting. Misalnya, Tilak seorang jeneral beragama Hindu dilantik sebagai pemerintah wilayah Punjab.

Kerajaan Ghori
Muhammad al-Ghori menakluk semula wilayah yang membebaskan diri semasa Kerajaan Ghaznawi.
Setiap wilayah ditinggalkan seorang wakil untuk memerintah mangikut lunas Islam.
Pembesar Hindu tidak dibenarkan mengendalikan pentadbiran daerah.
Setelah kemangkatan Muhammad al-Ghori - Kerajaan Ghori mulai berpecah-belah.

Kesultanan Delhi
Terdiri daripada Kerajaan Mamluk, Dinasti Tughluq, Dinasti Khalji, Dinasti Lodi, Dinasti Suri, Dinasti Syeid - Delhi menjadi pusat pemerintahan.






Dinasti Mamluk diasaskan oleh Qutbuddin Aibek (bekas hamba Muhammad al-Ghori) - seorang yang tegas dan adil - seorang pemurah (sehingga digelar Laksh-Baksh).
Dinasti Mamluk berakhir pada zaman Ghiyasuddin Balban - beliau berjaya membentuk dan membangunkan masyarakat bertamadun.
Alauddin Khilji - pemerintah terkenal Dinasti Khilji.
Baginda bercita-cita menakluki dunia seperti Iskandar Zulkarnain.
Mengenai projek ini - baginda memerintah agar perkataan Iskandar kedua ditulis pada mata wang negara.
Atas nasihat Allu Muluk, niatnya dihentikan - baginda dinasihati supaya memberi perhatian dalam pentadbiran negara, meneruskan usaha menewaskan raja Hindu yang belum tunduk kepada Delhi.






Atas nasihat ini, baginda mula (a) mengharamkan penjualan minuman keras; (b) mengawal perkahwinan antara pembesar; (c) mengharamkan perhimpunan pembesar tanpa kebenaran Wazir; dan (d) memaksa memulangkan cukai yang dikutip kepada penduduk terhadap Zamindar.
Pada zaman ini, kegiatan perdagangan dijalankan di kawasan Teluk Benggala sehingga Pergunungan Kabul dan dari Tulingana ke Kashmir.

Kerajaan Moghul
Akbar
Pemerintah ke-3 Kerajaan Moghul.
Seorang yang mengamalkan dasar liberal.
Beliau (a) mengasingkan hal ehwal pentadbiran dengan agama; (b) menghapuskan perbezaan yang berasaskan agama dan bangsa; (c) semua rakyat diberi hak sama rata sama ada menganut Islam atau tidak; dan (d) amalan perhambaan dihapuskan - mendapat sokongan politik daripada semua rakyat.






Beliau menggalakkan perkahwinan politik di antara kerabatnya dengan kerabat diraja Hindu, misalnya baginda sendiri mengahwini puteri Raja Rajputna - mereka masing-masing boleh mengamalkan agama asal setelah berkahwin.
Semua rakyat dibenarkan untuk memegang jawatan kerajaan, misalnya Todal Mal menjadi panglima dan bendahari; Man Singh menjadi panglima juga dan gabenor.
Baginda berusaha segera menghapuskan pemerontakan yang boleh mengapikan isu perkauman dan keagamaan.






Bahasa Arab - bahasa agama.
Bahasa Turki - untuk bangsawan
Bahasa Parsi - bahasa istana dan kesusasteraan
Bahasa lain seperti Urdu (gabungan Arab, Parsi dan Hindi) dipopularkan.
Kolej dan sekolah ditubuhkan - kurikulum pendidikan digubal.
Rakyat miskin diberi pendidikan percuma.
Undang-undang digubal bagi membolehkan orang bukan Islam memasuki sekolah khas untuk orang Islam.






Pendidikan wanita juga diberi perhatian.
Undang-undang perkahwinan diperkenalkan (a) umur berkahwin - lelaki 16 keatas dan perempuan 14 keatas; (b) perkahwinan mesti dilangsungkan atas persetujuan kedua-dua mempelai; (c) mahar yang tinggi dilarang; dan (d) perkahwinan poligami dilarang (berkahwin campur digalakkan dalam masyarakat majmuk).
Baginda melarang adat sati, tidak menggalakkan para janda berkahwin lagi dan melarang berkhatan bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
Dari segi agama, semua rakyat bebas beragama, agama bukan ukuran kedudukan.
Baginda juga memperkenalkan agama baru - Din Illahi (1581 M).
Din Illahi - gabungan Islam, Hindu, Kristian dan Zoroster. Melakukan pemujaan Tuhan dari semua agama utama di India. Ciri-ciri: (a) sebutkan Allahu-akbar dan jalla jalaluh ketika bertemu dengan rakan; (b) jamuan mengingati arwah yang mati sekali seumur hidup; (c) menahan diri memakan daging; (d) tidak menaiki kenderaan sesama tukang sembelih, nelayan atau penangkap burung; (e) tidak boleh mengadakan hubungan jenis dengan wanita hamil, tua, mandul, gadis bawah umur; (f) tidak boleh berkelakuan mengikut hawa nafsu; dan (g) dilarang menyalahguna kuasa, tipu, mengumpat, berlaku zalim, memeras ugut, bermegah diri.
Usaha Akbar mempopularkan agama Din Illahi telah menjejaskan perkembangan Islam. Contoh: hari beribadat ditetapkan pada hari Ahab sahaja, jizyah terhadap orang bulan Islam turut dihapuskan.






Akbar turut menghapuskan kira-kira 80 jenis cukai bagi meringankan golongan miskin, antaranya cukai pasar, cukai tanah dan sebagainya.
Baginda telah memberi bantuan kepada mangsa kemarau.
Bagi mengatasi pengemis, pusat orang miskin didirikan di Khaipura (Islam) dan Pharmapura (Hindu).
Kalendar Islam turut dihapuskan.

Aurangzeb
Baginda cuba mengembalikan kedaulatan umat Islam.
Dari segi sosial, banyak surau dan masjid dibina bagi menggalakkan solat berjemaah, orang Islam dibenarkan berkahwin secara poligami, orang Islam dibenar menyembelih lembu dan orang bukan Islam dikenakan jizyah.
Dari segi politik, orang bukan Islam dihadkan memegang jawatan penting.
Dari segi ekonomi, aktiviti pertanian digalakkan.











SERUAN ISLAM DI MEKAH

Pengenalan
Segala ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad adalah dari wahyu Allah yang diturunkan kepada baginda melalui malaikat Jibril. Ia diturunkan secara beransur-ansur dalam jangka masa 23 tahun bermula dari wahyu yang pertama di Gua Hira sehinggalah baginda wafat. Segala wahyu ini telah ditulis dan dihafal oleh umat Islam. Penurunan ayat terbahagi kepada dua, iaitu:
a.
Zaman Makkiyah
Zaman semasa baginda di Mekah sehinggalah berhijrah ke Madinah. Ia memakan masa selama 13 tahun.
b.
Zaman Madinah
Zaman selepas baginda berhijrah ke Madinah. Ia berlangsung selama 10 tahun.

Peringkat Seruan

Peringkat Sirriah (tersembunyi)
Seruan peringkat ini bermula setelah Nabi Muhammad menerima wahyu kedua iaitu dari Surah al-Muddatthir ayat 1-7. Penurunan ayat ini dianggap telah merasmikan perlantikan Nabi daripada seorang "Nabi" kepada seorang "Rasul". Baginda menjalankan dakwahnya secara sulit dan bersembunyi kepada keluarga dan sahabatnya yang terdekat. Mereka ialah Khadijah al-Kubra, Ali Bin Abu Talib, Zaid Bin Harithah dan Abu Bakar as-Siddiq. Melalui Abu Bakar, Islam disebar kepada Abdul Rahman Bin Auf, Uthman bin Affan, Talhah Bin Ubaidullah, Zubair al-Awwam, Abu Ubaidah al-Jarrah, Amman Bin Yasser dan sebagainya. Mereka digelar sebagai as-Sabiqun al-Awwalun (orang yang terawal memeluk Islam). Seruan ini dijalankan selama 3 tahun dan seramai 55 orang penduduk Mekah memeluk Islam. Arqam Abil al-Arqam telah menyerahkan rumahnya sebagai markas gerakan umat Islam.

Peringkat Jahriah (terbuka)
Seruan kepada Ali Bin Abu Talib dan keluarganya. Seruan ini bermula setalah baginda menerim awahyu dari Surah Asy-Syu'ara'. Baginda mengadakan majlis ceramah di rumah Ali Bin Abu Talib di Bukit Safa dan semua kerabat dijemput termasuk Abu Lahab, bapa saudaranya. Baginda menerangkan dasar-dasar Islam yang telah ditugaskan oleh Allah untuk baginda sampaikan. Ramai yang menyatakan kesanggupan untuk mengikut baginda, tidak kurang yang mencemuhnya. Abu Lahab ialah tokoh pertama yang menghina dan mencerca baginda.

Seruan kepada orang ramai dimulakan setelah baginda menerima wahyu dari Surah al-Hijr. Baginda mula menyeru kepada segenap lapisan masyarakat Mekah di mana-mana sahaja. Seruan secara terbuka ini berlangsung selama 10 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.

Bentuk Ajaran Islam

Akidah
Nabi memperkenalkan tauhid, iaitu mengesakan Allah dengan segala sifat kesempurnaan iaitu sifat-sifat 20. Sehubungan itu, segala bentuk syirik adalah dilarang termasuklah penyembahan berhala. Nabi menerangkan tentang adanya hari kebangkitan serta perkara-perkara yang berhubung denganya seperti syurga, neraka, titian, neraca dan lain-lain. Baginda turut menerangkan perkara yang berhubung dengan rukun Iman seperti percaya kepada Rasul, kitab-kitab serta percaya kepada Qadak dan Qadar. Seterusnya, Nabi menerangkan tentang tugas dan tanggungjawab manusia sama ada terhadap tuhan, diri, keluarga dan masyarakat. Setiap individu akan dipertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan sama ada baik atau buruk.

Akhlak
Selama 13 tahun, Nabi di Mekah telah berusaha membentuk peribadi muslim di samping berusaha mengikis sifat-sifat yang tercela seperti iri hati, takbur, dendam dan sebagainya. Sifat-sifat tersebut perlu diganti dengan sifat tinggi seperti jujur, ikhlas, amanah dan sebagainya. Nabi juga berusaha mengangkat darjat wanita ke tempat yang sewajarnya sama ada di dunia atau di akhirat. Nabi cuba banyak menekankan kepada cerita Nabi dan Rasul yang terdahulu khususnya tentang perjuangan nabi-nabi, balasan yang diterima oleh orang yang ingkar. Hampir 1/3 daripada kandungan al-Quran adalah mengenai sejarah nabi-nabi dan umat terdahulu.

Ibadat
Di Mekah, hanya satu sahaja iaitu ibadat khusus yang difardukan kepada umat Islam. Ibadat ini mula diwajib selepas berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj. Ibadat ini ialah sembahyang 5 waktu sehari semalam.

Rumusan
Cara-cara penyebaran Islam yang dilakukan secara berperingkat jelas menggambarkan kebijaksanaan Nabi dalam soal berdakwah. Baginda mengukuhkan dahulu pengikut-pengikut Islam sebelum mencabar seluruh masyarakat Mekah. Ajaran-ajaran yang baginda bawakan jelas bertujuan untuk menyelamatkan manusia seluruhnya daripada kesesatan kehidupan dunia dan akhirat.



NABI MUHAMMAD S.A.W.

Latar Belakang
Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan pada 12 Rabiuawal Tahun Gajah bersamaan dengan 571 Masihi di Mekah. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Ibunya telah meninggal dunia apabila Nabi Muhammad 6 tahun.

Bapanya bernama Abdullah Abdul Muttalib dan beliau meninggal dunia apabila nabi dalam kandungan. Nabi dipelihara oleh datuknya Abdul Muttalib yang kemudiannya meninggal dunia ketika nabi berumur 8 tahun. Semasa berumur 12 tahun, nabi mengikut bapa saudaranya Abu Talib ke Syam untuk berniaga. Seorang paderi bernama Bahirah / Buhairah menasihatkan Abu Talib membawa Muhammad balik kerana bimbang dibunuh oleh orang Yahudi.

Ketika berusia 25 tahun, beliau telah berkahwin dengan Khadijah binti Khuwailid yang berumur 40 tahun. Baginda mempunyai 6 orang anak, iaitu 2 lelaki dan 4 perempuan. Yang lelaki telah meninggal nudia semasa mereka kecil. Sewaktu 35 tahun, beliau diberi gelaran al-Amin kerana berjaya menyelesaikan perbalahan di kalangan pembesar Arab berhubung dengan perletakan batu Hajar al-Aswad.

Perlantikan Sebagai Nabi dan Rasul
Nabi ialah seorang manusia lelaki yang terpilih yang disampaikan wahyu Allah untuk dirinya. Rasul juga sama dengan nabi tetapi Rasul mesti menyampaikan wahyu yang diterimanya kepada orang lain.

Telah menjadi kebiasaan, Muhammad mengasingkan diri di Gua Hira untuk beribadat di samping memikirkan kejadian alam. Akhirnya pada 17 Ramadan bersamaan 6 Ogos 611 Masihi sewaktu baginda berusia 40 tahun, datanglah malaikat Jibril membawa wahyu pertama, iaitu ayat 1-5, surah al-Alaq. Wahyu ini bermaksud:

bacalah dengan nama Tuhan kamu yang menjadikan kau dan segumpal darah dan bacalah dengan nama Tuhanmu yang mulia yang mengajar manusia yang tidak mengetahui apa-apa.


Selepas menerima wahyu pertama, nabi terus ke rumah menceritakan apa yang berlaku kepadanya dan Khadijah telah membawa baginda berjumpa dengan sepupunya, Waraqah bin Naufal, seorang pendeta yang menghafal kitab suci. Waraqah mengakui yang datang itu ialah Jibril dan ini bermakna baginda dilantik sebagai nabi.

Selepas menerima wahyu pertama, baginda terus ke gua dan pada suatu hari, ketika baginda keluar dari rumah, baginda terdengar satu suara dan apabila baginda mendongak, terlihatlah Jibril. Kerana takut, baginda masuk semula ke rumah dan meminta Khadijah menyelimutkannya.

Ketika inilah turunlah wahyu kedua, iaitu surah al-Mudduthir, ayat 1-7 yang bermaksud: Wahai orang yang berselimut, bangun dan berilah peringatan, hendaklah engkau menggesakan tuhanmu, bersihkanlah pakaianmu, jauhilah perbuatan dosa, janganlah engkau memberi kerana hendakkan balasan yang banyak dan hendaklah engkau bersabar kerana tuhanmu. Dengan wahyu kedua ini, bermakna Allah telah melantik baginda sebagai Rasul kerana ayat tersebut dengan jelas memerintahkan Muhammad untuk mengingatkan manusia.










YAHUDI

Asal-usul Yahudi di Madinah
Terdapat sarjana yang mengatakan, kaum Yahudi di Madinah berasal dari Palestin. Kedatangan mereka dianggarkan selepas tersebarnya agama Nasrani di Selatan Palestin. Jumlah suku Yahudi yang tinggal di Madinah dianggarkan sebanyak 20 suku. Yang paling terkenal ialah Bani Qainuqa', Bani Nadir dan Bani Quraizah.

Bani Qainuqa'
Bani Qainuqa' ialah puak Yahudi yang paling ramai dan berpengaruh di Madinah. Setalah tiba di Madinah, mereka mendirikan rumah kediaman mereka di kawasan Barat Daya berhampiran Musalla, tidak jauh dari Wadi Buthan. Mereka melakukan aktiviti perdagangan, pertukangan tetapi tidak melakukan kegiatan pertanian. Mereka mempunyai angkatan tentera yang kuat.

Bani Nadir
Bani Nadir ialah kumpulan kedua kaum Yahudi. Mereka berpindah ke Madinah kerana tekanan tentera Rom yang menganut agama Kristian di Palestin. Mereka menetap di Bukit al-Nadir. Mereka dikatakan daripada keturunan Yahudi tulen. Sewaktu di Madinah, mereka menjadi petukang, petani dan peniaga. Kawasan pertanian mereka terletak di wadi yang mengarah ke Selatan kota Madinah.

Bani Quraizah
Ia juga digelar sebagai Darih. Mereka terdiri daripada Bani Ka'b dan Bani Amru. Mereka tinggal di Wadi Mahzur (luar kota Madinah). Mereka bergiat dalam kegiatan pertanian. Mereka memiliki senjata dan makanan yang mencukupi.
AUS DAN KHAZRAJ

Asal-usul Kaum Arab
Asal-usul kaum Arab tidak jelas. Terdapat sumber yang mengatakan mereka berasal dari Arab Utara dan telah berasimilasi dengan agama Yahudi. Bagi puak Arab yang baru, mereka terbahagi kepada dua kelompok besar iaitu Aus dan Khazraj yang dikenali sebagai Bani Qailah. Mereka berasal dari kawasan Selatan Semenanjung Arab.

Ketibaan mereka dikatakan bermula sejak runtuhnya Empangan Maarib di Yaman. Sesampai di Madinah, mereka menjalankan aktiviti pertanian di pinggir kota. Apabila mereka menjadi kuat, mereka telah menguasai Madinah dengan bantuan tentera Kristian Syam yang memihak Kerajaan Rom Timur. Kenaikan mereka menyebabkan kaum Yahudi tidak senang. Mereka merancang memecahbelahkan puak Arab baru ini. Akhirnya, peperangan berlaku dan suku Aus mencapai kemenangan kerana adanya sokongan Yahudi.

Suku Aus
Jumlah suku Aus adalah lebih kecil dari Khazraj. Pengaruh mereka juga kurang. Sebelum Islam, mereka terdiri daripada penganut berhala. Mereka mempunyai ilmu ketuhanan dan kenabian yang lebih tinggi dibanding dengan Quraisy.

Suku Khazraj
Jumlah suku Khazraj adalah besar dan pengaruhnya juga besar kalau dibandingkan dengan suku Aus. Seperti suku Aus juga, sebelum kedatangan Islam, mereka terdiri daripada penganut berhala dan mempunyai ilmu ketuhanan dan kenabian yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan kaum Quraisy.

Quraisy

QURAISY

Asal-usul Quraisy

Perkataan Quraisy berasal dari kata dasar "taqarrasya" yang bermaksud penyatuan. Hal ini disebabkan kejayaan Qusai bin Kilab menyatukan kaum Quraisy di Mekah. Qusai bin Kilab adalah datuk keempat Nabi Muhammad. Beliau adalah dari keturunan Kinanah yang berasal dari keturunan Nabi Allah Ismail.

Qusai bin Kilab telah berpindah bersama ibunya dan dibesarkan di Syam. Setelah dewasa, beliau kembali ke Mekah dan berkahwin dengan seorang gadis dari Bani Khuzaah yang memegang pemerintahan kota Mekah. Pada tahun 440 M, Qusai bin Kilab berjaya mengalahkan Bani Khuzaah dan mengambilalih pemerintahan Mekah. Daripada kalangan Quraisy, muncul ramai tokoh terkemuka seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Muawiyah dan lain-lain. Di dalam kabilah Quraisy, terdapat beberapa bani yang terkenal seperti Bani Hasyim, Bani Umayyah, Bani Adi, Bani Taym dan sebagainya.

Struktur Sosial Quraisy

Struktur sosial Quraisy boleh dibahagi dua, iaitu Quraisy al-Bittah dan Quraisy al-Zuwahir. Istilah ini diperolehi semasa orang-orang Quraisy memasuki Mekah pada tahun 440 M. Mereka memasukinya melalui Lembah al-Bittah. Terdapat satu golongan Quraisy yang tidak masuk kota Mekah dan mereka inilah dipanggil al-Zuwahir (pinggiran). Mereka masih mengamalkan cara hisup Badwi tetapi mereka berperanan menjaga keselamatan kota Mekah.

Orang-orang Quraisy telah menyusun pentadbiran kota Mekah dengan sistematik bagi menjaga kepentingan penduduk dan pengunjungnya. Para pengunjung dikehendaki membayar cukai perlindungan yang disebut "Muhajarah" atau "Harim". Beberapa jabatan juga telah diwujudkan seperti Hijabah, Rifadah, Siqayah, Sirafah dan lain-lain. Dengan ini, suasana aman dan kerjasama dapat diwujudkan di Mekah.

Mereka juga telah menubuhkan sebuah badan tertinggi yang dikenali sebagai Mala' (Majlis Ketua-ketua Suku) yang akhirnya telah dikuasai oleh ketua-ketua suku yang berpengaruh sahaja. Oleh itu, golongan yang kurang berpengaruh telah menubuhkan satu lagi badan yang dikenali sebagai Half-al-Fudhul. Ia berfungsi untuk mengimbangi pertubuhan Mala' di samping untuk menjaga kepentingan suku-suku yang lemah.

Satu fakta yang nyata bahawa masyarakat Arab Quraisy mengenal dan mengamalkan sistem kelas suku dan kabilah. Kelas tertinggi dipegang oleh golongan aristokrat dari keturunan Quraisy.

Golongan Quraisy merupakan kelas pemerintah bukan disebabkan oleh keturunan tetapi oleh kekayaan. Sebagai satu sistem sosial feudalisme, terdapat kelas hamba yang besar bilangannya dan mereka tidak mempunyai apa-apa hak, walaupun ke atas diri mereka sendiri hingga mereka boleh dijual beli.

Kedudukan wanita pada umumnya nilai mereka sangat rendah.

Di dalam pembentukan keluarga, terdapat empat cara perkahwinan yang diamalkan. Di dalam kehidupan keluarga, yang menjadi ketua ialah lelaki.

Orang-orang Quraisy mengamalkan nilai-nilai negatif. Mereka juga mengamalkan nilai-nilai positif seperti memuliakan tetamu, setia pada janji dan sebagainya.

Ekonomi Masyarakat Quraisy

Kebanyakan mereka adalah kaum peniaga dan pedagang sama ada secara berkafilah, tahunan atau bermusim.

Quraisy adalah bangsa yang berada dan mereka menguasai ekonomi kota Mekah.

Sistem ekonomi mereka melibatkan amalan riba dan mereka mengamalkan sistem tukar barang.

Jahiliah Era

MASYARAKAT JAHILIAH

Pengertian Jahiliah
Jahiliah berasal dari perkataan "jahil" yang bermaksud bodoh. Menurut Philip K. Hitti dalam bukunya "History of the Arab's", jahiliah bermaksud bodoh atau jahil dari segi agama kerana pada ketika itu, tidak ada nadi dan tidak ada kitab suci yang boleh dijadikan sebagai petunjuk. Mereka tidak boleh dianggap jahil atau bodoh dari segi ilmu pengetahuan kerana mereka telah mempunyai tamadun yang tinggi.

Al-Quran tidak memberi batas tertentu bagi zaman jahiliah. Kamus Bahasa Arab menyebutkan zaman jahiliah sebagai zaman sebelum Islam, iaitu sebelum turunya al-Quran. Ciri-ciri jahiliah berdasarkan al-Quran adalah seperti berikut:

a.Tidak mempunyai nabi atau kitab suci sebagai petunjuk.

b.Tidak mempunyai tamadun / peradaban.

c.Masyarakat tidak berakhlak, angkuh dan bongkah.

d.Masyarakat jahil dan mereka tidak tahu membaca atau menulis.

Jika salah satu dari tersebut terdapat pada sesebuah masyarakat, maka masyarakat itu boleh dianggap sebagai masyarakat jahiliah.

Menurut Doktor Mahyuddin, zaman jahiliah ialah kira-kira 300 tahun sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w., iaitu selepas kejatuhan Kerajaan Sabak.

Agama dan Kepercayaan

Agama Berhala

Agama berhala merupakan agama yang mempunyai pengikut terbesar di Semenanjung Tanah Arab. Berhala tersebut diperbuat daripada batu, kayu dan kadang-kala dari buah tamal (kurma). Tiap-tiap kabilah mempunyai patung berhala masing-masing. Antara berhala yang terkenal termasuklah al-Latta, al-Uzza, al-Manat dan al-Hubal. Sebahagian penduduk Tanah Arab tidak menganggap berhala Tuhan tetapi hanya sebagai perantaraan. Kepercayaan mereka bercampur-aduk antara percaya kepada Allah dan percaya berhala. Mereka ini dikenali sebagai golongan musyirikin, iaitu orang yang menyekutu Allah.

Agama Majusi

Agama ini tidak diamalkan seluas oleh orang-orang Arab Jahiliah. Ia dibawa masuk selepas Parsi berjaya mengalahkan Habsyah di Yaman pada akhir abad ke-6 Masihi. Penganut agama ini menjadikan api sebagai objek ketuhanan mereka. Di antara penganut agama ini yang terkenal ialah Zararah dan anaknya Hajib. Mereka berasal dari Bani Tamin yang sememangnya mempunyai hubungan dengan Parsi. Agama ini terbahagi kepada 3 mazhab iaitu Kayumarthiyah, Zarwaniyah dan Zaradushtiyah.

Agama Yahudi

Agama ini adalah berdasarkan kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa a.s. berpandukan kepada kitab taurat. Agama ini tersebar luas terutamanya di kawasan-kawasan Osis di Barat Laut Semenanjung Tanah Arab, iaitu Tai'ma Khaiba, Padak dan Yathrib. Orang-orang Yahudi berasal dari Palestine. Mereka berhijrah ke Semenanjung Tanah Arab sejak abad pertama Masihi. Mereka telah menjadi kaya-raya dan berjaya menarik perhatian orang-orang Arab untuk menganut agama Yahudi. Orang-orang Yahudi menganggap diri mereka sebagai bangsa pilihan dan mereka menganggap al-Uzarr sebagai anak tuhan. Di antara tokoh terkenal yang menganut agama ini ialah Yusof Zu Nuwas.

Agama Nasrani

Agama Nasrani adalah agama yang berdasarkan kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa a.s. pada tahun 1 Masihi. Ia dibawa ke Semenanjung Tanah Arab oleh golongan pendakwah, pedagang-pedagang atau paksaan oleh tentera Rom atau Habsyah atas tanah jajahan mereka. Agama ini dapat sambutan dari penduduk Mekah dan Yathrib. Di antara tokoh terkenal yang menganut agama ini termasuklah Warraqah Bin Naufal dan Uthman Bin Huwairith. Agama ini mempunyai 2 mazhab iaitu Mazhab Nestorian yang berkembang di kawasan Hirah dan Mazhab Jacobite yang dianuti oleh penduduk Ghassan dan kabilah-kabilah lain di sempadan Syria / Syam. Pusat agama Kristian yang utama di Semenanjung Tanah Arab ialah Najran. Bandar Najran terus menjadi bandar Nasrani hingga ke zaman Khalifah Umar. Malah terdapat pusat latihan paderi Nasrani di Wadi al-Qura, iaitu kawasan pedalaman Timur Hijaz.

Agama Hanif

Agama ini adalah berdasarkan kepada ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Penganut agama ini mempercayai konsep keesaan Allah ataupun monoteisme. Di antara mereka yang menganut agama ini termasuklah Zaid b'Amr, Umaiyah Bin Abi Salt, juga kedua-dua ibu bapa nabi sendiri. Walau bagaimanapun, agama ini telah diselewengkan oleh golongan-golongan tertentu seperti juga agama Yahudi dan Nasrani, misalnya mereka menyembelih binatang korban dan darahnya dipercikkan di sekeliling kaabah.

Kepercayaan Animisme

Kepercayaan ini wujud bersama dengan kewujudan manusia. Ia berpunca dari sifat kagum manusia terhadap sesuatu objek yang ditemuinya. Mereka percaya wujudnya satu kuasa yang boleh menolong atau memberi mudarat kepada mereka. Oleh itu, mereka menyembah apa sahaja yang dianggap ganjil termasuklah bulan, matahari, pokok, batu, gua dan sebagainya.

Kepercayaan Adat (Sunah)

Kepercayaan adat dianggap sebagai unsur-unsur karut dan tahyul. Antara kepercayaan yang diamalkan ialah menilik nasib. Apabila memulakan sesuatu kerja baru, mereka akan melihat keadaan sekeliling bagi mengjangka nasib. Biasanya, mereka akan melihat arah burung terbang. Jika burung terbang ke kiri bermaksud tidak selamat dan sebaliknya.

Politik

Sistem politik Arab Jahiliah tidak seragam. Ia dipengaruhi oleh faktor perbezaan daerah, keturunan yang memerintah atau kuasa asing yang menjajah. Di bahagian Utara Semenanjung Tanah Arab, sistem politiknya lebih berbentuk negara naungan, misalnya Kerajaan Anbat, Tadmur, Hirah dan Ghassan. Kerajaan Ghassan adalah naungan Rom manakala Hirah adalah naungan Parsi. Kerajaan Anbat dan Tadmur pula pernah dijajah oleh Rom. Oleh itu, sistem politik mereka telah terpengaruh oleh sistem politik sama ada Rom atau Parsi.

Kerajaan di bahagian Selatan seperti Himyar, Ma'in dan Qatban mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Pemerintahanya menggunakan pelbagai gelaran seperti Malek, Zu, Makrab dan sebagainya.

Kerajaan di bahagian tengah pula terdiri daripada kerajaan kota, misalnya Kerajaan Kota Mekah, Yathrib dan Taif yang terletak di Hijaz. Sistem pemerintahannya dipegang oleh keluarga / keturunan tertentu, misalnya kota Mekah pada mulanya dikuasai oleh puak Jurham, diikuti ileh puak Khuzaah dan akhirnya ke tangan Quraisy. Taif pula diperintah oleh Bani Thaqif. Pemerintahan begini dikatakan berbentuk aristokrasi. Mereka tidak mempunyai institusi diraja, tidak ada pasukan tentera dan tidak mengamalkan dasar perluasan wilayah.

Di pihak lain, orang-orang Arab juga mengamalkan sistem politik berkabilah. Sistem ini adalah berbentuk primitif di mana peraturan yang diwujudkan hanyalah untuk kabilah mereka sendiri. Ketua kabilah, iaitu Sheikh adalah orang yang bertanggungjawab terhadap kabilah. Segala peraturan perlu dipatuhi, jika tidak mereka boleh disingkirkan dari kabilah tersebut dan mereka perlu memasuki kabilah yang lain.

Ekonomi

Sistem ekonomi orang-orang Hadari lebih maju berbanding dengan orang Badwi. Mereka kebanyakannya ialah pedagang yang bergerak dalam kafilah. Sesebuah kafilah biasanya mengandungi 500-1,000 ekor unta. Sistem perdagangan yang biasa diadakan ialah sistem perdagangan dua musim, iaitu musim panas dan musim sejuk. Pada musim panas, mereka bergerak ke Utara, iaitu Syam dan pada musim sejuk, mereka bergerak ke Selatan iaitu Yaman. Di samping itu, mereka akan berkumpul di tengah Semenanjung Tanah Arab khususnya pada musim Haji kerana terdapat 3 buah pasar iaitu Ukaz, Zulmajaz dan Zulmajinman.

Orang-orang Arab Jahiliah juga melibatkan diri dalam kegiatan perdagangan antarabangsa. Mereka dikatakan mempunyai hubungan dengan orang-orang India, China dan Nusantara.

Kegiatan perdagangan orang Arab melibatkan riba. Mereka juga sering melakukan penipuan terutamanya dari segi sukatan dan timbangan.

Sistem barter masih diamalkan secara meluas terutamanya oleh golongan Badwi.

Selain dari kegiatan perdagangan, mereka juga melibatkan diri dalam kegiatan pertanian dan kawasan pertanian yang paling subur ialah bahagian Selatan Semenanjung Tanah Arab, iaitu Yaman. Yaman sememangnya mempunyai tanah yang subur di samping mendapat hujan tahunan yang agak seragam. Tambahan pula, penduduk Yaman mempunyai kepakaran dari segi teknologi sehingga membolehkan mereka mewujudkan sistem saliran untuk kawasan pertanian.

Orang-orang Arab Jahiliah juga menternak binatang seperti unta, kuda, biri-biri, keldai dan lain-lain lagi. Dari binatang ini, mereka memperolehi susu, daging dan kulit yang boleh dijadikan pakaian atau khemah. Sekiranya terdesak, mereka makan apa sahaja. Ada kalanya, mereka merampas atau menyerang suku-suku kaum yang mereka musuhi. Hal ini menyebabkan peperangan yang tidak berkesudahan.

Sosial

Orang-orang Arab Jahiliah boleh dibahagikan kepada dua golongan, iaitu orang-orang Arab Badwi dan Hadari. Arab Badwi ialah orang-orang Arab yang tinggal di kawasan pedalaman. Mereka tidak banyak bercampur dengan masyarakat luar. Oleh itu, ciri-ciri asli budaya Arab masih kekal pada mereka. Mereka sering berpindah untuk mencari padang rumput / kawasan yang mempunyai air. Ia juga bertujuan untuk menjaga keselamatan diri. Orang-orang Hadari pula menetap di bandar-bandar tertentu dan cara hidup mereka lebih maju serta mempunyai fikiran yang matang. Hal ini disebabkan mereka banyak terdedah kepada dunia luar khususnya melalui perdagangan.

Mereka mengamalkan cara hidup berkabilah. Kabilah adalah satu kelompok besar yang wujud berdasarkan keturunan, kepercayaan, adat tradisi, agama dan nilai-nilai kemasyarakatan yang sama. Setiap kabilah akan diketuai oleh seorang Sheikh. Dia berperanan menyelesaikan masalah yang berlaku di dalam kabilahnya, membuat perjanjian dengan kabilah lain, melayan tetamu, memberi perlindungan kepada anggota kabilah dan lain-lain.

Mereka mengamalkan semangat abasiyah. Oleh sebab mereka hidup secara berkabilah, mereka mempunyai semangat asabiyah yang sangat kuat. Semangat ini menyebabkan berlakunya peperangan yang berpanjangan di antara satu kabilah dengan kabilah yang lain. Mereka akan segera bertindak sekiranya terdapat anggota kabilah yang dizalimi.

Mereka juga mengamalkan sistem perhambaan. Oleh itu, di dalam sistem sosial mereka, terdapat golongan hamba dan merdeka. Golongan hamba langsung tidak diberi hak untuk hidup bebas atau memiliki harta. Seseorang itu boleh menjadi hamba melalui beberapa cara sama ada sebagai tawanan perang, melalui jual beli atau kerana keturunan.

Kedudukan wanita di dalam masyarakat Arab Jahiliah sangat rendah / hina. Mereka malu sekiranya mendapat anak perempuan. Hal ini jelas disebutkan dalam al-Quran, al-Nahl dan Surah. Kedudukan wanita yang dipandang rendah menyebabkan timbulnya amalan membunuh anak perempuan sebaik sahaja dilahirkan. Sesetengahnya ditanam hidup-hidup.

Orang-orang Arab Jahiliah mengamalkan empat cara perkahwinan, iaitu perkahwinan biasa, kahwin mencari anak pintar, mewarisi isteri bapa atau wanita menentukan siapa bapa kepada anaknya.

Mereka menyamalkan nilai-nilai baik dan buruk dalam kehidupan seharian. Antara nilai-nilai baik yang mereka miliki ialah menghormati tetamu, pemurah, setia pada janji, berani, sabar, serta memberi penghargaan terutamanya kepada golongan penyair. Nilai-nilai buruk yang agak ketara ialah suka berperang, pendendam, minum arak, berjudi, berzina, merompak, mengamalkan semangat asabiyah dan lain-lain.

Ilmu Pengetahuan

Penyebaran ilmu pengetahuan berlaku di kawasan pinggir iaitu Selatan dan Barat Semenanjung Tanah Arab kerana adanya hubungan perdagangan dengan dunia luar. Walau bagaimanapun, keadaan ini tidak dipraktis dengan sepenuhnya. Ilmu pengetahuan tidak diwarisi kepada generasi baru juga. Hal ini menyebabkan orang Arab tidak berupaya membina semula Empangan Maarib yang telah runtuh. Dikatakan hampir semua orang Arab buta huruf. Buktinya menurut al-Baladhuri, hanya 17 orang kaum Quraysi yang tahu membaca dan menulis sahaja.

Dalam kesusasteraan, orang Arab pandai bersyair, bersajak dan berkhutbah. Tokoh seperti ini ialah Imru al-Qais, Zuhair dan Tarafah. Mereka dikatakan telah menghasilkan karya-karya bermutu yang disebut "al-Mu'allaqat-al-Sab" yang pernah digantung di Kaabah. Syair-syair akan dikemukakan di pasar Ukadz setiap tahun semasa temasya tahunan. Karya-karya ini kebanyakannya berbentuk sajak cinta, ratapan, pujaan, sindir-cerca yang bertujuan berseronok. Kebanyakan hasil ini dihasilkan secara kreatif atau pengalaman atau khayalan. Semua karya ini dikatakan mengandungi kata-kata yang tidak sopan.

Manusia dan Agama




KONSEP MANUSIA MENURUT AL-QURAN

Pengenalan
Perkataan manusia dalam Bahasa Melayu adalah menyamai istilah yang disebutkan dalam al-Quran, iaitu al-Ins, al-Insan, al-Nas dan al-Basyar. Nama-nama ini adalah merujuk kepada manusia yang telah diamanahkan oleh Allah untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ini. Dengan kata lain, manusia adalah pemerintah, pemilik dan pengguna bagi semua kejadian sama ada di darat, di laut atau di udara. Sejak abad ke-4 M, orang-orang Barat begitu terpengaruh dengan teori evolusi yang menyebutkan bahawa manusia berasal daripada beruk. Teori ini mula diperkenalkan oleh beberapa orang ahli falsafah Greek termasuklah Aristotle, Anazimander dan Epidocles. Namun demikian, teori ini dipertikaikan oleh saujana sains Islam dan juga Barat. Mereka menganggap ia bukanlah suatu kajian yang bersifat fakta sebaliknya merupakan satu ideologi sahaja.

Manusia Menurut al-Quran
Manusia menurut al-Quran adalah makhluk yang dikurniakan akal, roh, dan jasad. Ia adalah sebaik-baik kejadian berbanding dengan malaikat dan binatang. Malaikat hanyalah dikurniakan akal tetapi tidak dikurniakan nafsu sedangkan binatang hanya dikurniakan nafsu tanpa akal. Sungguhpun begitu kedudukan manusia akan menjadi lebih rendah daripada binatang jika mereka gagal menggunakan akal dengan baik sebaliknya menjadi hamba kepada nafsu. Menurut al-Quran, semua manusia adalah berasal dari keturunan Nabi Adam dan Adam pula dijadikan daripada tanah. Oleh itu, kaedah mantik atau logik manusia juga berasal daripada tanah. Kebanyakan ulama tafsir berpendapat proses pembentukan bayi dalam kandungan juga bermula dari saripati tanah atau disebut sebagai nutfah di dalam al-Quran. Pendapat ini ternyata benar kerana semua sumber makanan dan minuman adalah berpunca daripada tanah. Berdasarkan kenyataan ini, jelaslah menunjukkan bahawa konsep manusia menurut Islam adalah berbeza dengan pandangan yang pernah dikemukakan oleh para pengkaji antropologi.

Fungsi Manusia Menurut al-Quran
Beribadat kepada Allah
Menurut al-Quran, manusia berfungsi dan berperanan tersendiri. Fungsi utama manusia dicipta ialah untuk beribadat kepada Allah. Sehubungan dengan itu, Islam telah menggariskan beberapa jenis ibadat yang perlu dilaksanakan oleh manusia sama ada dalam bentuk fardu ain atau fardu kifayah. Ibadat fardu ain ialah ibadat yang perlu dilakukan oleh setiap individu yang menepati syarat-syarat yang telah ditentukan, contohnya sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain. Ibadat fardu kifayah pula ialah ibadat yang jika dilakukan oleh individu atau kumpulan tertentu, maka individu dan kumpulan yang lain tidak wajib lagi melakukannya, contohnya melakukan sembahyang jenazah, berniaga, mengajar dan sebagainya.

Memelihara Alam
Selain itu, manusia juga berperanan untuk memelihara alam ini dengan sebaik-baiknya. Allah telah mencipta alam ini untuk kepentingan manusia seluruhnya. Oleh itu, manusia boleh menggunakan ciptaan ini untuk meneruskan kehidupan mereka di dunia. Sungguhpun begitu, manusia perlu menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah dengan menggunakan ciptaan tersebut hanya untuk perkara-perkara yang boleh membawa kepada kebaikan sahaja. Mereka tidat boleh melakukan kerosakan di muka bumi ini sehingga membawa keburukan kepada manusia atau makhluk lain termasuklah binatang.

Mengenali di Antara Satu Sama Lain
Manusia juga perlu berbaik-baik di antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. Allah mencipta manusia dengan pelbagai puak supaya mereka dapat mengenali di antara satu sama lain. Mereka tidak boleh berbangga diri, sombong dan takbur.

Sebaliknya mereka hendaklah sentiasa berbaik-baik dan bersatu-padu di dalam menghadapi sebarang masalah. Perbezaan agama juga tidak boleh dijadikan alasan untuk manusia bermusuhan. Islam hanya membenarkan penganutnya memusuhi orang bukan Islam sekiranya mereka dengan jelas menunjukkan penentangan atau cuba membahayakan orang-orang Islam. Dalam keadaan biasa hubungan baik perlu dikekalkan di antara mereka.

Memakmurkan Muka Bumi
Selain dari memelihara alam ini manusia juga berfungsi untuk memakmurkan muka bumi ini supaya mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik. Akal dan pancaidera yang dianugerahkan kepada manusia hendaklah digunakan untuk meneliti dan berfikir bagi memanfaatkan semua ciptaan yang sedia ada.

Banyak rahsia kejadian Allah yang boleh disingkap oleh manusia dengan menggunakan akal yang ada. Di sebalik kejadian tumbuh-tumbuhan misalnya terdapat pelbagai jenis penawar, di dasar lautan juga terdapat pelbagai khazanah, begitu juga di dalam perut bumi. Hanya manusia yang menggunakan akal dengan sepenuhnya akan dapat menikmati semua ini. Selain untuk dirinya ia juga dapat memberi faedah kepada orang lain.

Mentauhidkan Allah
Manusia yang perlu mentauhidkan Allah, dalam konteks ini manusia ditegah sekeras-kerasnya melakukan sebarang bentuk perbuatan yang boleh membawa kepada syirik atau menyekutukan Allah. Syirik adalah dosa besar yang tidak akan diampunkan oleh Allah melainkan dengan taubat yang bersungguh-sungguh. Bagi mengelakkan berlakunya syirik, manusia perlu mengenali Allah. Manusia boleh mengenali Allah melalui sifat-sifat-Nya. Terdapat 20 sifat yang wajib diketahui oleh manusia.

Mentadbir / Menjadi Khalifah di Muka Bumi
Fungsi manusia yang seterusnya ialah mentadbir atau menjadi khalifah di muka bumi ini. Fungsi ini sesuai dengan kedudukan manusia sebagai makhluk yang terbaik. Manusia hendaklah sentiasa bersikap adil sama ada terhadap dirinya sendiri atau orang lain.

Manusia hendaklah memastikan tidak berlaku kemungkaran di muka bumi sebaliknya hendaklah memastikan berlakunya kebaikan. Hal ini sesuai dengan tugas yang diamanahkan oleh Allah iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar (menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran).

Kesimpulan
Berdasarkan huraian di atas, jelas menunjukkan bahawa manusia mempunyai tanggungjawab yang sangat besar. Sekiranya manusia berjaya melaksanakan tanggungjawab tersebut sepenuhnya maka mereka akan dapat menikmati hidup ini dengan penuh kebahagiaan. Jika sebaliknya yang berlaku maka kemusnahan dan huru-hara pasti tidak dapat dielakkan.

Mughal




















Taj Mahal

TAHUKAH anda teknologi dan seni bina Taj Mahal tidak tercipta begitu saja, malah ia adalah hasil pencapaian seni yang tinggi daripada beberapa monumen Mughal terdahulu seperti makam Itimadud-daula di Agra, India.

Jika ingin melihat keindahan seni bina Mughal, anda perlu menyusuri bahagian timur Sungai Yamuna, Agra di mana terdapat taman, istana, kota dan makam.
Meninjau sejarah seni bina Islam, air menjadi ciri utama seni landskap dan seni bina yang menjadi simbolik pada sungai di syurga yang dijanjikan kepada orang beriman seperti dinyatakan dalam al-Quran.Tidak hairanlah jika kebanyakan monumen taman Mughal memanfaatkan air dan cuaca untuk kesan estetika selain air dihargai pemerintah Mughal dalam pelbagai aspek termasuk agama dan simbolisme syurga.

Seni bina Mughal menjadi fokus siri Ilmuwan Islam terbitan TV3 kali ini yang membawa penonton mengembara dari Delhi ke Agra dalam perjalanan sejauh 200 kilometer dan mengambil masa lima jam.Taj Mahal di Agra diiktiraf Unesco sebagai warisan dunia tetapi kota Agra menghadapi ancaman pencemaran alam.

Sebagai usaha mengelak pencemaran, hanya kenderaan mesra alam seperti kereta berkuasa elektrik dibenarkan untuk mengangkut pelancong sekitar Taj Mahal yang memukau pandangan.Pengukir kraf tangan Mughal mendapat ilham daripada alam, menggunakan motif bunga, mengelak imej manusia dan haiwan kerana ia bertentangan ajaran Islam.Seni pietra dura menterjemah bentuk semula jadi kepada corak dekoratif yang melengkapi seni bina Mughal. Di Agra teknik itu dikenali sebagai pachikari.Ada dakwaan mengatakan Shah Jahan, pembina Taj Mahal, mengarahkan supaya jari pekerja kraf tangan Mughal dipotong supaya mereka tidak berupaya lagi mencipta pachikari atau pietra dura setanding yang terdapat di Taj Mahal.Perkembangan taman Mughal bermula daripada Maharaja Babur dengan pembinaan istana taman di pinggir sungai dan mencapai kemuncak dengan taman Taj Mahal Shah Jahan.

Babur tidak selesa dengan iklim dan tanah Agra yang kontang hingga menghasilkan ciri taman Mughal di lokasi dramatik, penggunaan air yang bijak, gabungan kepakaran seni bina dan landskap.Dalam seni landskap Mughal, taman adalah komposisi ruang yang seimbang antara tumbuhan dan bangunan, tekstur dan warna, cahaya dan bayang, semuanya di reka untuk mempermaikan deria.Menerusi pembinaan Taj Mahal yang turut dihiasi ayat al-Quran, dapat disimpulkan kitab suci itu menjadi rujukan serta pencetus idea untuk mereka yang membina taman Moghul.Tanpa merujuk al-Quran, pasti pembina taman itu tidak berupaya membentuk taman yang mesra alam dan menghormati keindahan alam sekitar terutama potensi sungai sebagai punca bekalan air, sekali gus mencabar kepakaran botani dan kejuruteraan hidrologi.

Al-Quran menganjur manusia memahami alam sekitar kerana adanya alam ini adalah dalil aqli kewujudan Allah.Oleh itu, ilmuwan Islam perlu mendalami pelbagai bidang ilmu sebagai cara untuk menginsafi keagungan Allah.Jurutera Mughal pada kurun ke-17 berjaya membentuk taman dan bangunan mesra alam yang berdiri teguh dan permai di atas konsep keindahan alam dan bukannya pencemaran serta kemusnahan.

Mitos atau Fakta ?

Taj Mahal merupakan sebuah makam yang terletak di Agra, India yang dibina di bawah pemerintahan Maharaja Mogul, Shah Jahan, sebagai memperingati isteri ketiganya yang paling disayangi, Mumtaz Mahal.

Makam rekabentuk Ahmad Lahauri yang siap dibina pada tahun 1648 terkenal dengan rekaan kubah putih yang diperbuat dari marmar yang berbentuk seakan bawang . Perkataan “Taj” itu sendiri melambangkan hasil terbaik senibina Mogul yang melibatkan penggabungan beberapa elemen senibina seperti Parsi, Turki, India dan Islam.

Ketinggian senibina berjaya menempatkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1983 dan turut diangkat sebagai senibina Islam terulung di India dengan warisan senibinanya dikagumi dunia.Pelbagai mitos dikaitkan dengan karya agung ini. Kononnya, Makam ini menurut perancangan awalnya menggunakan marmar hitam dan dibina merentasi sungai jumna. Idea mengenai mitos ini timbul berdasarkan tulisan pengembara Eropah, Jean-Baptiste Tavernier, yang telah sampai ke Agra tahun 1665.
Karya ini turut mencatatkan makam dengan marmar hitam itu gagal dibina setelah Shah Jahan digulinkan anak lelakinya, Aurengzeb. Kisah ini turut disokong Mahtab Bagh yang mana menurutnya marmar-marmar hitam sepanjang sungai di Moonlight Garden telah musnah.Namun, bukti ini Berjaya disangkal dengan kajian tahun 1990-an yang menyatakan marmar hitam yang dijumpai disepanjang sungai itu merupakan marmar putih yang telah hilang warna dan bertukar ke warna hitam. Kemudian teori baru tentang asal kewujudan makam hitam itu, diketengahkan seorang ahli arkeologi yang membina semula sebahagian dari kolam di Moonlight Garden pada tahun 2006.
Menurutnya, pemantulan warna gelap dari makam putih itu jelas kelihatan, ini bersesuaian dengan ketaksuban Shah Jahan dalam rekebentuk bersifat simetri dan kedudukan kolam itu sendiri.Sunguhpun begitu, penemuan tersebut hanyalah sekadar mitos kerana gagal dikuatkan dengan bukti-bukti tertentu bagi mengukuhkan fakta.
Begitu juga dengan kejadian yang menakutkan terjadi kepada arkitek dan pekerja yang dibebani Shah Jahan sepanjang pembinaan makam tersebut sehingga berlaku kematian, pemenggalan kepala dan kecacatan anggota. Mungkinkah benar pendapat sesetengah pihak mengatakan mereka yang terlibat dengan pembinaan telah menandatangani perjanjian tidak terlibat dalam mereka bentuk bangunan tersebut.
Tindakan sama turut dibuat kepada pekerja yang terlibat dalam pembinaan kebanyakkan bangunan terkenal. Fakta yang dikemukan Gabenor India, Lord William Bentinck pada 1830 juga sekadar khabar angina. Dakwa beliau, Taj Mahal dirancang untuk diruntuhkan dan marmarnya akan dilelong.
Menurut penulis riwayat Bentinck, John Rosseli, kisah penjualan marmar dari Agra Fort atau tapak warisan UNESCO tersebut tersebar dari tabung Bentinck bagi meninggikan jualan marmar yang dibuang dari Agra Fort.Tahun 2000 menambah lembaran baru sejarah Taj Mahal apabila rayuan yang dikemukan P.N. Oak disingkirkan Mahkamah Tinggi India, malahan dia turut diminta tidak meneruskan tindakanya itu. Menurut P.N Oak, Taj Mahal dibina Maharaja Hindu.
Oak mendakwa asal perkataan Taj bersama-sama struktur sejarahnya baru-baru ini menunjukan kepada Kerajaan Islam di India yang berasal dari Hindu.Kehebatan Taj Mahal memang tidak disangkal apabila turut dikaitkan dengan alam semulajadi. Menurut Rabindranath Tagore, inspirasi makam tersebut yang diibaratkan sebagai “one tear-drop…upon the cheek of time”, mengaitkan titisan hujan setahun sekali yang jatuh diatas tugu peringatan memberi inspirasi kepada penghuraian tentang makam tersebut.

p.s : Baca pandangan saya tentang Taj Mahal dapam Perbahasan Ciri-Ciri Seni Bina Islam.

Ottamiyah
















Masjid Sultan Ahmad, Turki

Masjid Sultan Ahmed (bahasa Turki: Sultanahmet Camii) adalah masjid bersejarah di Istanbul, bandaraya terbesar di Turki dan ibu negara Empayar Uthmaniyyah (dari 1453 hingga ke 1923). Masjid ini adalah salah satu dari beberapa buah masjid yang dikenali sebagai Masjid Biru oleh kerana jubin birunya menghiasi dinding di bahagian dalamnya. Ia dibina di antara 1609 dan 1616, sewaktu pemerintahan Ahmed I. Seperti banyak masjid lain, ia mengandungi suatu kubur penemunya, sebuah madrasah dan sebuah hospis. Masjid Sultan Ahmed telah menjadi salah satu dari tarikan pelancong yang terhebat di Istanbul.

Sejarah

Hippodrome lama Constantinople dengan Masjid Biru di sebelah kiri. Lukisan oleh Jean-Baptiste van Mour, separuh pertama abad ke-18

Selepas Kedamaian Zsitvatorok yang memalukan dan penilaian tidak disukai peperangan dengan Parsi, Sultan Ahmed I berkeputusan untuk membina sebuah masjid besar di Istanbul untuk menenangkan Allah. Ini adalah masjid kemaharajaan pertama dalam empat puluh tahun. Di mana sultan-sultan yang terdahulunya telah membayar untuk masjid mereka dengan harta rampasan perang mereka, Sultan Ahmed I terpaksa mengeluarkan wang dari perbendeharaan, kerana baginda tidak memenangi mana-mana kejayaan terkenal. Ini menyebabkan kemarahan ulema, para sarjana hukum Muslim.

Masjid dianggap untuk dibinakan pada tempat istana maharaja Byzantin, menghadapi Hagia Sophia (pada waktu itu masjid yang terhormat di Istanbul) dan hippodrome, suatu tempat yang mempunyai tanda kepentingan hebat. Bahagian-bahagian besar sebelah selatan masjid terletaknya penubuhan, bilik kebal dan undercroft Istana Raya.
Beberapa istana, telah dibina pada tempat yang sama, telah dibeli (pada harga mahal) dan dirobohkan, terutamanya istana Sokollu Mehmet Paşa, dan bahagian-bahagian besar Sphendone (tribune yang melengkung dengan struktur bentuk-U curved pada hippodrome).

Permbinaan masjid bermula pada Ogos 1609 apabila sultan itu sendiri datang untuk break the first sod. Ia adalah niat baginda bahawa ini akan menjadi masjid pertama pada empayarnya. Dia melantikkan arkitek dirajanya Sedefhar Mehmet Ağa, seorang pelajar dan pembantu utama arkitek masyhur Sinan sebagai arkitek bertugas pada pembinaan itu.
Pertubuhan kerja dijelaskan dalam perincian dengan sangat teliti dalam lapam volum, sekarangnya di dalam perpustakaan Istana Topkapı. Majlis pembukaan telah dijalankan pada 1617 (walaupun pintu masjid merakamkan 1616) dan sultan dapat bersolat di kotak diraja (hünkâr mahfil). Tetapi bangunan belum lagi diselesaikan pada tahun akhir pemerintahannya, oleh kerana keterangan-keterengan terakhir ditandatangani oleh pewarisnya Mustafa I.


Reka bentuk Masjid Sultan Ahmed adalah puncak pembangunan dua abad masjid Uthmaniyyah dan gereja Byzantin. Ia menggabungkan sesentengah elemen-elemen Byzantin dari Haghia Sophia dengan seni bina Islam tradisional dan dianggap masjid raya yang terakhir pada zaman klasik. Arkitek telah mensintesiskan gagasan tuannya Sinan, menuju untuk saiz sangat besar, agung dan mengagumkan, tetapi bahagian dalam mengurangkan pemikiran kreatifnya.
Bahagian luar

Mehmet Paşa menggungkan bilangan besar bahan-bahan untuk pembinaan, tertumatanya dengan batu dan marmar, mendrainingkan bekalan untuk kerja-kerja penting yang lain. Layout masjid adalah irregular, kerana arkitek harus menganggapkan had-had yang ada pada tempatnya. Muka hadapannya, berkhidmat sebagai tempat masuk, menghadapi hippodrome. Arkitek mengasaskan plannya pada Ṣehzade Mosque (1543-1548) di Istanbul, karya skala-besar utama pertama Sinan, dengan rancangan quatrefoil bersimetri dan suatu perkarangan luas. Dewan solat ini diatasi oleh suatu plan quatrefoil dan suatu perkarangan luas.
Dewan solat diliputi oleh sistem ascending kubah dan separuh kubah, setiapnya disokong oleh tiga exedra, culminating kubah tengah encompassing yang besar, yang adalah 23.5 meter pada garis pusat dan 43 meter tinggi pada pusat tengahnya. Kubah-kubah disokong oleh empat tiang besar yang mengingatkan pada Masjid Selimiye di Edirne, suatu lagi karya agung Sinan. Ia jelas bahawa Mehmet Paşa adalah lebih waspada dengan mengambil kelebihan keselamatan yang mengembung ini, merosakkan bahagian-bahagian anggun kubah oleh saiz yang menindasnya.
"Kaki gajah" ini terdiri dari alur marmar pelbagai di asasnya, sementara bahagian atas dilukis, diasingkan dari asas oleh suatu jalur inskripsi dengan kata-kata bersepuh. Dilihat dari halaman, profail masjid menjadi suatu turutan lancar kubah dan setengah kubah. Kesan keseluruhan bahagian luar para pelawat adalah suatu harmoni gambaran yang sempurna, mengetuai mata ke puncak kubah tengah.

Muka hadapan perkarangan telah dibinakan pada cara yang cama sebagai muka hadapan Masjid Süleymaniye, kecuali pada tambahan menara kecil pada sudut kubah-kubah. Halaman adalah sekurang-kurangnya sebesar masjid itu sendiri dan dikelilingi oleh suatu arked berkekubah yang berterusan, tetapi membosankan (revak).
Ia mempunyai kemudahan-kemudahan air wuduk di kedua belah. Air pancut pusat berheksagon adalah kecil dengan kontras pada dimensi halaman. Pintu masuk sempit yang tersegam dan bersejarah stands out secara seni bina dari arked.
Kubah separuhnya mempunyai struktur stalaktit yang halus, dimahkotai oleh sebuah kubah tetulang kecil pada gendang tinggi.
Suatu rantai iron berat bergantung di bahagian atas tempat masuk halaman pada bahagian barat. Hanya sultan dibenarkan untuk memasuki halaman masjid dengan menunggang kuda. Rantai telah diletakkan situ, supaya sultan harus merendahkan kepalanya setiap kali dia memasuki mahkamah supaya tidak dipukul. Ini dilakukan suatu sebagai gerak isyarat yang bertanda, untuk memastikan rendah hati pemerintah pada permukaan suci.
Bahagian dalam

Pada taraf-taraf bawahnya dan pada setiap tiang, bahagian dalam masjid digarisi oleh lebih daripada jubin seramik buatan tangan di Iznik (pada zaman silamnya Nicaea) pada lebih daripada lima puluh reka bentuk yang berlainan. Jubin-jubin di tingktaraf-taraf bawah adalah tradisional pada reka bentuk, sementera pada taraf galeri reka bentuk mereka menjadi bersemarak dengan pewakilan bunga, buah-buahan dan sipres.
Lebih daripada 20,000 jubin telah dihasilkan di bawah penyeliaan juru tukang tembikar Iznik Kaşıcı Hasan. Meskipun, harga pembina telah dibenarkan untuk membayar untuk jubin telah ditetapkan oleh perintah harga-hara jubin naik dari masa ke masa.
Oleh itu, jubin-jubin yang kemudian digunakan pada pembinaan mempunyai kualiti yang berkurangan. Warna-warnanya pudar dan bertukaran (merah bertukar menjadi perang dan hijau ke biru, putih bercapuk-capuk) dan sepuh telah bersuram. Jubin-jubin pada dinding langkan belakang adalah jubin-jubin kitar semula dari harem di Istana Topkapı, apabila dimusnahkan oleh api pada 1574.

Bahagian atas pada bahagian dalam dikuasai oleh cat bitu, tetapi ia adalah pada kualiti yang teruk. Lebih daripada 200 tingkap gelas kaca berwarna dengan reka bentuk berjalin-jalin mengaku cahaya asal, kini dibantui oleh candelier, telur-telur burung unta bermaksud untuk menghindari sarang laba-laba di dalam masjid oleh laba-laba yang menangkis[1].

Hiasan termasuk ayat-ayat dari Al-Quran, kebanyakannya dihasilkan oleh Seyyid Kasim Gubari, dianggap jurukhat terhebat pada zamannya. Lantai-lantai disaluti oleh permaidani, yang didermakan oleh orang-orang yang beriman dan sering digantikan apabila ia sudah haus. Tingkap yang luas mengurniakan suatu impression luas. The casements di tingkat lantai dihiasai oleh opus sectile. Setiap eksedra mempunyai lima tingkap, sesetengahnya adalah buta.

Setiap seprah kubah mempunyai 14 tingkap dan kubah tengah 28 (empat daripadanya adalah buta). Kaca warna untuk tingkap adalah suatu hadiah Signoria dari Venice ke sultan. Kebanyakan tingkap berwarna ini telah digantikan oleh versi moden dengan sedikit atau tiada ganjaran.

Elemen terpenting pada bahagian dalam masjid adalah mihrab, yang iperbuat daripada marmar arca, dengan sebuah niche stalaktit dan suatu double panel berinskripsi di atasnya. Dinding-dinding diliputi oleh jubin seramik. Tetapi banyak tingkap di sekitarnya membuatnya lihat kurang menakjubkan. Ke kanan mihrab dihiasi kaya minber, atau mimbar, di mana Imam berdiri sewaktu mengirimkan khutbahnya sewaktu sembahyang tengah hari pada Jumaat atau pada hari suci. Masjid ini telah direka bentuk supaya walaupun ia sangat banyak orang, semua orang dalam masjid oleh melihat dan mendengar Imam.

Kiosk diraja terletak di sudut tenggara. Ia terdiri dari sebuah pentas, sebuah loggia dan dua bilik pencen. Ia memberikan sepanjang loge diraja di galeri masjid. Bilik-bilik ini menjadi ibu pejabat Grand Vizier sewaktu penumpasan pemberontakan Kor Janissary pada 1826. Loge diraja (hünkâr mahfil) disokong oleh sepuluh tiang marmar. Ia mempunyai mihrabnya sendiri, yang pernah dahulu dihiasi dengan mawar jed dan sepuhan air emas [2] and one hundred Qurans on inlaid and gilded lecterns. [3]

Banyak lampu yang menyalakan bahagian dalam sekali dahulu disaluti oleh emas dan permata [4]. Di kalangan mangkuk gelas seorang dapat mencari telur bunga unta dan bola kristal [5]. Kesemua hiasan ini telah dialihkan atau dipenjarah untuk muzium.
Tanda-tanda peringatan bertulis pada dinding dipahat dengan nama-nama
khalifah dan ayat-ayat al-Quran, terdahulunya oleh jurukhat abad ke-17 Ametli Kasım Gubarım, tetapi mereka telah sering dibarukan.

Menara

Masjid Biru dengan kesemua enam menara masjid yang dapat dilihat
Masjid Sultan Ahmed adalah salah satu dari dua buah masjid di Turki yang mempunyai enam
menara, yang satu lagi berada di Adana. Apabila bilangan menara telah dibongkarkan, Sultan dikritik dengan anggapan, sejak ini adalah, pada waktu itu, sama bilangan dengan masjid Kaabah di Mekkah. Baginda menyelesaikan masalah ini dengan membayar menara ketujuh di masjid Mekkah.

Empat menara berdiri di kesemua sudut masjid. Setiap minaret yang berjelajur dan berbentuk pensil ini mempunyai tiga langkan (ṣerefe) dengan sangga stalaktit, sementara yang dua lain di hujung pekarangan hanya mempunyai dua langkan.

Sehingga baru-baru ini muezzin atau penyeru azan telah memanjat tangga yang sempit lima kali sehari untuk mengumumkan seruan azan. Hari ini sebuah sistem awam di digunakan, dan panggilan ini dapat didengar sepanjang bahagian lama bandaraya, digema oleh masjid-masjid lain yang berhampiran. Orang ramai Turki dan para pelawat mengumpul pada waktu matahari terbenam di taman menghadap masjid untuk mendengar seruannya pada solat maghrib, oleh kerana matahari terbenam dan masjid diterangi secara hebat oleh cahaya lampu banjir yang berwarna.