Thursday, 4 April 2013

Wednesday, 21 September 2011

Buku Masjid Budaya dan Seni Bina






Masjid Budaya dan Senibina

Azizul Azli Ahmad

RM 30.00

Hubungi saya di:-) azizulazli@gmail.com

016 5998902


Masjid merupakan salah satu monumen penting dalam tamadun Islam. Masjid dilihat sebagai simbol kehadiran Islam di sebuah kawasan tersebut. Dengan pembangunan masjid, masyarakat boleh memahami dan beranggapan bahawa masyarakat Islam telah mula wujud dan berkembang di sesebuah kawasan tersebut. Masjid juga seringkali dirujuk sebagai tempat pertemuan masyarakat Islam dalam menjalankan pelbagai aktiviti pada ketika itu.


Seni bina masjid yang berkembang sebelum ini menjadi landasan dan budaya kepada perkembangan masjid pada masa hadapan. Kebanyakan perkembangan masjid yang berlaku pada hari ini adalah titik tolak dari perkembangan masjid yang berlaku sebelumnya. Bermula dengan pembangunan masjid yang serba sederhana, iaitu rumah junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W hingga kemudiannya berkembang dari satu zaman ke zaman yang seterusnya.

Thursday, 5 November 2009

Wednesday, 4 November 2009

Tuesday, 3 November 2009

Tugasan 1










Salam Semua,

Selamat menghadapai peperiksaan, moga menjawab dengan tenang dan bersyukur, mohon segera doa restu keluarga. disertakan beberapa cadangan konsep rekabentuk masjid/madrasah oleh pelajar-pelajar Jabatan Senibina Dalaman semester 04. Beberapa cadangan agak menarik dan mengubah persepsi rekabentuk dan senibina Islam masa kini. Pendekatan progresif anak muda untuk mengimarahkan masjid.

Azizul Azli Ahmad
'Moga mempu menjawab dengan tenang'

Friday, 2 October 2009


Simbol Islam

















p.s; Tulisan saya sebelumnya tentang Masjid dan simbolisme boleh dirujuk sejarah bulan dan bintang ini.

Azizul Azli Ahmad


new mosque












Kufa Mosque 1915











MASYARAKAT ISLAM DI NUSANTARA

Pengenalan
Sebelum kedatangan Islam di Nusantara, masyarakat di sini dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha. Kepercayaan mereka diselaputi oleh unsur-unsur Hindu-Buddha. Selepas kedatangan agama Islam, masyarakat di sini masih tidak dapat meninggalkan amalan awal mereka. Walaupun mereka telah menganuti agama Islam, tetapi masih terdapat amalan seharian mereka yang membawa unsur Hindu-Buddha.

Masyarakat Islam di Melaka
Terdiri daripada penduduk pribumi, Cina, India, Parsi dan sebagainya.
Orang Melayu menjadi teras pembentukan Kerajaan Melaka - memainkan peranan penting dalam politik, ekonomi dan sosial.
Sebanyak 84 bahasa dipertuturkan tetapi Bahasa Melayu sahaja menjadi bahasa lingua franca.

Pengelasan Masyarakat
Akibat kemunculan beberapa institusi pentadbiran dan kebudayaan.
Tujuan: mengawal dan menjaga nilai, norma dan sistem masyarakat yang sedia ada.
Kelas pemerintah: (1) Raja - Khalifatullah fi al-ard (Khalifah Allah di dunia), memakai gelaran Sultan atau Yang Dipertuan, Menduduki hierarki pentadbiran yang tertinggi, baginda mempunyai daulat - bergantung kepada kekuatan rohaniyah dan jasmaniyah; (2) Pembesar - terdiri daripada bangsawan, bergelar menteri, orang kaya dan Dato'.
Kelas diperintah: Rakyat dan hamba.
Di antara kedua-dua kelas ini ada alim ulama dan saudagar/pedagang.

Hukuman
Setiap golongn itu adalah berbeza.
Jelas dilihat dalam Hukum Kanun Melaka atau Undang-undang Melaka.
Undang-undang untuk hamba berbeza dengan undang-undang untuk golongan merdeka.

Demografi Penduduk
Raja dan kerabatnya - di atas bukit - kawasan yang strategik dari segi keselamatan dan pertahanan.
Pembesar - lereng bukit mengikut kumpulan.
Rakyat - kaki bukit.
Orang laut - tepi pantai atau sungai.

Sistem Masyarakat
Berasaskan konsep kesedaran kelas - terbentuk undang-undang Temenggung.
Mengikut undang-undang ini, semakin tinggi taraf dan status sosial, semakin luas bidang kuasa dan boleh juga terlepas dari hukuman.
Perbezaan status dapat dilihat pada protokol istana. Sebagai contoh, dalam istana menjunjung duli, menteri dan pembesar didahulukan, kemudian bentara, sida-sida dan seterusnya. Penggunaan bahasa seperti beta, santap oleh raja; patik, tuanku oleh pembesar dan rakyat.
Berasaskan sistem ini, wujud lagi konsep daulat dan derhaka.
Konsep daulta (sovereignty) - kuasa halus yang hanya dimiliki oleh raja dan kata-kata raja menjadi undang-undang tanpa banyak budi bicara.
Konsep derhaka - sebarang tentangan terhadap raja dianggap derhaka dan akan menerima padah seperti hukuman bunuh.
Kedudukan sosial juga mempengaruhi bentuk hukuman yang diterimanya - semakin tinggi kedudukannya, semakin besar peluangnya terlepas daripada hukuman; semakin rendah kedudukannya, hukumannya lebih berat.

Adat-istiadat dan Peraturan
Bercanggah dengan ajaran Islam.
Dalam Islam, perbezaan darjat disebabkan oleh ketakwaan dan amal salihnya dan bukannya keturunan.
Walau bagaimanapun, masih terdapat adat yang selaras dengan ajaran Islam. Sebagai contoh, hukuman rejam kerana berzina, potong tangan kerana mencuri.
Adat-istiadat yang berunsur Islam juga dipraktiskan, contohnya menyambut bulan Ramadan, Hari Raya Puasa dan sebagainya.

Masyarakat Islam di Filipina
Masyarakat Islam di Filipina biasanya dikenali sebagai masyarakat Moro.
Kedatangan Islam ke Filipina bermula dari Sulu. (abad ke-13, Tuan Mashaika dan Tuan Maqbalu; 1380 - Karim al Makhdum; abad ke-15, Raja Baguinda; Kesultanan Sulu didirikan - raja pertama: Sayyid Abu Bakar; Apabila Raja Baguinda mangkat, Abu Bakar mengangkat dirinya menjadi Sultan Sulu; dari sini, Islam tersebar ke Maguindanao (Mindanao) pada 1460 M hasil dakwahan Sharif Awliya dan Sharif Maraja.
1515 M, Sharif Muhammad Kabungsuan (Arab dari Johor) berkahwin dengan Tonina, Puteri Cotabato - bermulanya sejarah kesultanan Islam di Filipina.
Islam tersebar ke Manila - kerajaan Islam Manila ditubuhkan.
Kerajaan ini tidak bertahan lama disebabkan oleh serangan Sepanyol - kerajaan ini runtuh.
Dengan itu, pendudukan Islam di Pulau Luzon tamat.
Kemudian, Sepanyol sampai ke Manila pada 1566 M dan serangan dibuat ke atas Mindanao. Sejak itu, peperangan sering berlaku antara orang Islam dan Sepanyol.

Masyarakat Islam di Pattani
Islam sampai ke Pattani pada abad ke-10 atau 11 M.
Selapas 300 tahun, barulah golongan bangsawan memeluk Islam.
1457 M, Raja Pattani memeluk Islam - gelaran Sultan Ismail Syah - sejak itu, agama Islam tersebar luas.
Pattani yang dimaksudkan termasuk Naratiwath, Yala dan sebahagian Songkhla - namanya diambil daripada nama Pak Tani.
Masyarkat Islam Pattani bertutur dalam Bahasa Melayu.

Masyarakat Islam di Jawa
Tarikh kedatangan Islam ke Jawa tidak dapat ditentukan.
Pihak sejarahwan Indonesia percaya bahawa Islam datang ke Jawa melalui pedagang-pedagang - mereka berasimilasi dengan penduduk tempatan dan mengembangkan agama ini melalui perkahwinan.


Dipercayai juga agama Islam sampai ke Indonesia di bawa oleh Maulana Malik Ibrahim.
Beliau datang ke Jawa pada 1416 M.
Beliau merupakan salah seorang Wali Songo atau Wali Sembilan.
Wali Songo ini mempunyai kebolehan luar biasa dan kesaktian yang tiada tandingan.
Wali Songo ini telah diangkat sebagai ketua dalam segala hal yang berkaitan dengan Islam.
Pada zaman Wali Songo, unsur Islam hanya diserap masuk dalam wayang kulit, gamelan dan sebagainya.
















MASYARAKAT ISLAM DI INDIA

Pengenalan
Di kalangan masyarakat Arab, India dikenali sebagai Sind atau Hind. Sebelum kedatangan Islam, India telah pun mempunyai hubungan perdagangan dengan masyarakat Arab. Apabila Islam hadir, hubungan perdagangan antara India dan Arab masih diteruskan. Kawasan-kawasan pantai termasuk Lautan Hindi telah menjadi sasaran para pendakwah untuk menyebarkan agama Islam.

Perkembangan Awal Agama Islam di India
Islam mula tiba di India pada kurun ke-7 M.
636-637 M, tentera Islam cuba menawan Thana - gagal.
634 M, tentera Islam menyerang India - dipimpin oleh Abdullah Bin Amir - berjaya menawan sebahagian besar Lembah Hind.






Zaman Muawiyah Bin Abu Sufian - menawan Kabul dan Lahore.
Zaman Khalifah al-Walid Bin Abdul Malik - menembusi benteng pertahanan India.
712 M, Muhammad Bin al-Qasim menawan Daibul dan meruntuhkan beberapa buah kuil Hindu dan Buddha dan mendirikan sebuah masjid.
Kemudian, beliau dilantik menjadi Gabenor wilayah Multan.
Ramai orang menyambut ketibaan tentera Islam seperti puak Jat dan Med.
Beliau (a) membebaskan orang yang tidak menentang atau tidak terlibat dalam perang; (b) menjamin keselamatan harta benda dan nyawa penduduk; (c) mengenakan jizyah terhadap bukan Islam; dan (d) menjamin tidak meruntuhkan kuil dan gereja kalau mematuhi pemerintahan Islam.
Ramai rakyat dari golongan Brahmin telah dilantik untuk menjawat jawatan tinggi.
Perkembangan Islam terbantut apabila Muhammad Bin al-Qasim diperintah pulang oleh Khalifah Bani Umayyah.

Kerajaan Ghaznawi
Zaman Mahmud Ghaznawi, Punjab menjadi daerah Islam.
Penaklukan Punjab menamatkan ancaman lanun terhadap pedagang Islam, menamatkan ancaman raja Hindu terhadap Kerajaan Bani Umayyah.
Kalinjar, Lahoer, Gwalior, Kanauj, Delhi dan Ajmer diserah semula kepada penduduk tempatan untuk meneruskan pemerintahan mereka.
Masyarakat Hindu tidak tertindas, malah ada yang dilantik menjawat jawatan penting. Misalnya, Tilak seorang jeneral beragama Hindu dilantik sebagai pemerintah wilayah Punjab.

Kerajaan Ghori
Muhammad al-Ghori menakluk semula wilayah yang membebaskan diri semasa Kerajaan Ghaznawi.
Setiap wilayah ditinggalkan seorang wakil untuk memerintah mangikut lunas Islam.
Pembesar Hindu tidak dibenarkan mengendalikan pentadbiran daerah.
Setelah kemangkatan Muhammad al-Ghori - Kerajaan Ghori mulai berpecah-belah.

Kesultanan Delhi
Terdiri daripada Kerajaan Mamluk, Dinasti Tughluq, Dinasti Khalji, Dinasti Lodi, Dinasti Suri, Dinasti Syeid - Delhi menjadi pusat pemerintahan.






Dinasti Mamluk diasaskan oleh Qutbuddin Aibek (bekas hamba Muhammad al-Ghori) - seorang yang tegas dan adil - seorang pemurah (sehingga digelar Laksh-Baksh).
Dinasti Mamluk berakhir pada zaman Ghiyasuddin Balban - beliau berjaya membentuk dan membangunkan masyarakat bertamadun.
Alauddin Khilji - pemerintah terkenal Dinasti Khilji.
Baginda bercita-cita menakluki dunia seperti Iskandar Zulkarnain.
Mengenai projek ini - baginda memerintah agar perkataan Iskandar kedua ditulis pada mata wang negara.
Atas nasihat Allu Muluk, niatnya dihentikan - baginda dinasihati supaya memberi perhatian dalam pentadbiran negara, meneruskan usaha menewaskan raja Hindu yang belum tunduk kepada Delhi.






Atas nasihat ini, baginda mula (a) mengharamkan penjualan minuman keras; (b) mengawal perkahwinan antara pembesar; (c) mengharamkan perhimpunan pembesar tanpa kebenaran Wazir; dan (d) memaksa memulangkan cukai yang dikutip kepada penduduk terhadap Zamindar.
Pada zaman ini, kegiatan perdagangan dijalankan di kawasan Teluk Benggala sehingga Pergunungan Kabul dan dari Tulingana ke Kashmir.

Kerajaan Moghul
Akbar
Pemerintah ke-3 Kerajaan Moghul.
Seorang yang mengamalkan dasar liberal.
Beliau (a) mengasingkan hal ehwal pentadbiran dengan agama; (b) menghapuskan perbezaan yang berasaskan agama dan bangsa; (c) semua rakyat diberi hak sama rata sama ada menganut Islam atau tidak; dan (d) amalan perhambaan dihapuskan - mendapat sokongan politik daripada semua rakyat.






Beliau menggalakkan perkahwinan politik di antara kerabatnya dengan kerabat diraja Hindu, misalnya baginda sendiri mengahwini puteri Raja Rajputna - mereka masing-masing boleh mengamalkan agama asal setelah berkahwin.
Semua rakyat dibenarkan untuk memegang jawatan kerajaan, misalnya Todal Mal menjadi panglima dan bendahari; Man Singh menjadi panglima juga dan gabenor.
Baginda berusaha segera menghapuskan pemerontakan yang boleh mengapikan isu perkauman dan keagamaan.






Bahasa Arab - bahasa agama.
Bahasa Turki - untuk bangsawan
Bahasa Parsi - bahasa istana dan kesusasteraan
Bahasa lain seperti Urdu (gabungan Arab, Parsi dan Hindi) dipopularkan.
Kolej dan sekolah ditubuhkan - kurikulum pendidikan digubal.
Rakyat miskin diberi pendidikan percuma.
Undang-undang digubal bagi membolehkan orang bukan Islam memasuki sekolah khas untuk orang Islam.






Pendidikan wanita juga diberi perhatian.
Undang-undang perkahwinan diperkenalkan (a) umur berkahwin - lelaki 16 keatas dan perempuan 14 keatas; (b) perkahwinan mesti dilangsungkan atas persetujuan kedua-dua mempelai; (c) mahar yang tinggi dilarang; dan (d) perkahwinan poligami dilarang (berkahwin campur digalakkan dalam masyarakat majmuk).
Baginda melarang adat sati, tidak menggalakkan para janda berkahwin lagi dan melarang berkhatan bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
Dari segi agama, semua rakyat bebas beragama, agama bukan ukuran kedudukan.
Baginda juga memperkenalkan agama baru - Din Illahi (1581 M).
Din Illahi - gabungan Islam, Hindu, Kristian dan Zoroster. Melakukan pemujaan Tuhan dari semua agama utama di India. Ciri-ciri: (a) sebutkan Allahu-akbar dan jalla jalaluh ketika bertemu dengan rakan; (b) jamuan mengingati arwah yang mati sekali seumur hidup; (c) menahan diri memakan daging; (d) tidak menaiki kenderaan sesama tukang sembelih, nelayan atau penangkap burung; (e) tidak boleh mengadakan hubungan jenis dengan wanita hamil, tua, mandul, gadis bawah umur; (f) tidak boleh berkelakuan mengikut hawa nafsu; dan (g) dilarang menyalahguna kuasa, tipu, mengumpat, berlaku zalim, memeras ugut, bermegah diri.
Usaha Akbar mempopularkan agama Din Illahi telah menjejaskan perkembangan Islam. Contoh: hari beribadat ditetapkan pada hari Ahab sahaja, jizyah terhadap orang bulan Islam turut dihapuskan.






Akbar turut menghapuskan kira-kira 80 jenis cukai bagi meringankan golongan miskin, antaranya cukai pasar, cukai tanah dan sebagainya.
Baginda telah memberi bantuan kepada mangsa kemarau.
Bagi mengatasi pengemis, pusat orang miskin didirikan di Khaipura (Islam) dan Pharmapura (Hindu).
Kalendar Islam turut dihapuskan.

Aurangzeb
Baginda cuba mengembalikan kedaulatan umat Islam.
Dari segi sosial, banyak surau dan masjid dibina bagi menggalakkan solat berjemaah, orang Islam dibenarkan berkahwin secara poligami, orang Islam dibenar menyembelih lembu dan orang bukan Islam dikenakan jizyah.
Dari segi politik, orang bukan Islam dihadkan memegang jawatan penting.
Dari segi ekonomi, aktiviti pertanian digalakkan.











SERUAN ISLAM DI MEKAH

Pengenalan
Segala ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad adalah dari wahyu Allah yang diturunkan kepada baginda melalui malaikat Jibril. Ia diturunkan secara beransur-ansur dalam jangka masa 23 tahun bermula dari wahyu yang pertama di Gua Hira sehinggalah baginda wafat. Segala wahyu ini telah ditulis dan dihafal oleh umat Islam. Penurunan ayat terbahagi kepada dua, iaitu:
a.
Zaman Makkiyah
Zaman semasa baginda di Mekah sehinggalah berhijrah ke Madinah. Ia memakan masa selama 13 tahun.
b.
Zaman Madinah
Zaman selepas baginda berhijrah ke Madinah. Ia berlangsung selama 10 tahun.

Peringkat Seruan

Peringkat Sirriah (tersembunyi)
Seruan peringkat ini bermula setelah Nabi Muhammad menerima wahyu kedua iaitu dari Surah al-Muddatthir ayat 1-7. Penurunan ayat ini dianggap telah merasmikan perlantikan Nabi daripada seorang "Nabi" kepada seorang "Rasul". Baginda menjalankan dakwahnya secara sulit dan bersembunyi kepada keluarga dan sahabatnya yang terdekat. Mereka ialah Khadijah al-Kubra, Ali Bin Abu Talib, Zaid Bin Harithah dan Abu Bakar as-Siddiq. Melalui Abu Bakar, Islam disebar kepada Abdul Rahman Bin Auf, Uthman bin Affan, Talhah Bin Ubaidullah, Zubair al-Awwam, Abu Ubaidah al-Jarrah, Amman Bin Yasser dan sebagainya. Mereka digelar sebagai as-Sabiqun al-Awwalun (orang yang terawal memeluk Islam). Seruan ini dijalankan selama 3 tahun dan seramai 55 orang penduduk Mekah memeluk Islam. Arqam Abil al-Arqam telah menyerahkan rumahnya sebagai markas gerakan umat Islam.

Peringkat Jahriah (terbuka)
Seruan kepada Ali Bin Abu Talib dan keluarganya. Seruan ini bermula setalah baginda menerim awahyu dari Surah Asy-Syu'ara'. Baginda mengadakan majlis ceramah di rumah Ali Bin Abu Talib di Bukit Safa dan semua kerabat dijemput termasuk Abu Lahab, bapa saudaranya. Baginda menerangkan dasar-dasar Islam yang telah ditugaskan oleh Allah untuk baginda sampaikan. Ramai yang menyatakan kesanggupan untuk mengikut baginda, tidak kurang yang mencemuhnya. Abu Lahab ialah tokoh pertama yang menghina dan mencerca baginda.

Seruan kepada orang ramai dimulakan setelah baginda menerima wahyu dari Surah al-Hijr. Baginda mula menyeru kepada segenap lapisan masyarakat Mekah di mana-mana sahaja. Seruan secara terbuka ini berlangsung selama 10 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.

Bentuk Ajaran Islam

Akidah
Nabi memperkenalkan tauhid, iaitu mengesakan Allah dengan segala sifat kesempurnaan iaitu sifat-sifat 20. Sehubungan itu, segala bentuk syirik adalah dilarang termasuklah penyembahan berhala. Nabi menerangkan tentang adanya hari kebangkitan serta perkara-perkara yang berhubung denganya seperti syurga, neraka, titian, neraca dan lain-lain. Baginda turut menerangkan perkara yang berhubung dengan rukun Iman seperti percaya kepada Rasul, kitab-kitab serta percaya kepada Qadak dan Qadar. Seterusnya, Nabi menerangkan tentang tugas dan tanggungjawab manusia sama ada terhadap tuhan, diri, keluarga dan masyarakat. Setiap individu akan dipertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan sama ada baik atau buruk.

Akhlak
Selama 13 tahun, Nabi di Mekah telah berusaha membentuk peribadi muslim di samping berusaha mengikis sifat-sifat yang tercela seperti iri hati, takbur, dendam dan sebagainya. Sifat-sifat tersebut perlu diganti dengan sifat tinggi seperti jujur, ikhlas, amanah dan sebagainya. Nabi juga berusaha mengangkat darjat wanita ke tempat yang sewajarnya sama ada di dunia atau di akhirat. Nabi cuba banyak menekankan kepada cerita Nabi dan Rasul yang terdahulu khususnya tentang perjuangan nabi-nabi, balasan yang diterima oleh orang yang ingkar. Hampir 1/3 daripada kandungan al-Quran adalah mengenai sejarah nabi-nabi dan umat terdahulu.

Ibadat
Di Mekah, hanya satu sahaja iaitu ibadat khusus yang difardukan kepada umat Islam. Ibadat ini mula diwajib selepas berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj. Ibadat ini ialah sembahyang 5 waktu sehari semalam.

Rumusan
Cara-cara penyebaran Islam yang dilakukan secara berperingkat jelas menggambarkan kebijaksanaan Nabi dalam soal berdakwah. Baginda mengukuhkan dahulu pengikut-pengikut Islam sebelum mencabar seluruh masyarakat Mekah. Ajaran-ajaran yang baginda bawakan jelas bertujuan untuk menyelamatkan manusia seluruhnya daripada kesesatan kehidupan dunia dan akhirat.



NABI MUHAMMAD S.A.W.

Latar Belakang
Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan pada 12 Rabiuawal Tahun Gajah bersamaan dengan 571 Masihi di Mekah. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Ibunya telah meninggal dunia apabila Nabi Muhammad 6 tahun.

Bapanya bernama Abdullah Abdul Muttalib dan beliau meninggal dunia apabila nabi dalam kandungan. Nabi dipelihara oleh datuknya Abdul Muttalib yang kemudiannya meninggal dunia ketika nabi berumur 8 tahun. Semasa berumur 12 tahun, nabi mengikut bapa saudaranya Abu Talib ke Syam untuk berniaga. Seorang paderi bernama Bahirah / Buhairah menasihatkan Abu Talib membawa Muhammad balik kerana bimbang dibunuh oleh orang Yahudi.

Ketika berusia 25 tahun, beliau telah berkahwin dengan Khadijah binti Khuwailid yang berumur 40 tahun. Baginda mempunyai 6 orang anak, iaitu 2 lelaki dan 4 perempuan. Yang lelaki telah meninggal nudia semasa mereka kecil. Sewaktu 35 tahun, beliau diberi gelaran al-Amin kerana berjaya menyelesaikan perbalahan di kalangan pembesar Arab berhubung dengan perletakan batu Hajar al-Aswad.

Perlantikan Sebagai Nabi dan Rasul
Nabi ialah seorang manusia lelaki yang terpilih yang disampaikan wahyu Allah untuk dirinya. Rasul juga sama dengan nabi tetapi Rasul mesti menyampaikan wahyu yang diterimanya kepada orang lain.

Telah menjadi kebiasaan, Muhammad mengasingkan diri di Gua Hira untuk beribadat di samping memikirkan kejadian alam. Akhirnya pada 17 Ramadan bersamaan 6 Ogos 611 Masihi sewaktu baginda berusia 40 tahun, datanglah malaikat Jibril membawa wahyu pertama, iaitu ayat 1-5, surah al-Alaq. Wahyu ini bermaksud:

bacalah dengan nama Tuhan kamu yang menjadikan kau dan segumpal darah dan bacalah dengan nama Tuhanmu yang mulia yang mengajar manusia yang tidak mengetahui apa-apa.


Selepas menerima wahyu pertama, nabi terus ke rumah menceritakan apa yang berlaku kepadanya dan Khadijah telah membawa baginda berjumpa dengan sepupunya, Waraqah bin Naufal, seorang pendeta yang menghafal kitab suci. Waraqah mengakui yang datang itu ialah Jibril dan ini bermakna baginda dilantik sebagai nabi.

Selepas menerima wahyu pertama, baginda terus ke gua dan pada suatu hari, ketika baginda keluar dari rumah, baginda terdengar satu suara dan apabila baginda mendongak, terlihatlah Jibril. Kerana takut, baginda masuk semula ke rumah dan meminta Khadijah menyelimutkannya.

Ketika inilah turunlah wahyu kedua, iaitu surah al-Mudduthir, ayat 1-7 yang bermaksud: Wahai orang yang berselimut, bangun dan berilah peringatan, hendaklah engkau menggesakan tuhanmu, bersihkanlah pakaianmu, jauhilah perbuatan dosa, janganlah engkau memberi kerana hendakkan balasan yang banyak dan hendaklah engkau bersabar kerana tuhanmu. Dengan wahyu kedua ini, bermakna Allah telah melantik baginda sebagai Rasul kerana ayat tersebut dengan jelas memerintahkan Muhammad untuk mengingatkan manusia.