Wednesday 21 September 2011

Buku Masjid Budaya dan Seni Bina






Masjid Budaya dan Senibina

Azizul Azli Ahmad

RM 30.00

Hubungi saya di:-) azizulazli@gmail.com

016 5998902


Masjid merupakan salah satu monumen penting dalam tamadun Islam. Masjid dilihat sebagai simbol kehadiran Islam di sebuah kawasan tersebut. Dengan pembangunan masjid, masyarakat boleh memahami dan beranggapan bahawa masyarakat Islam telah mula wujud dan berkembang di sesebuah kawasan tersebut. Masjid juga seringkali dirujuk sebagai tempat pertemuan masyarakat Islam dalam menjalankan pelbagai aktiviti pada ketika itu.


Seni bina masjid yang berkembang sebelum ini menjadi landasan dan budaya kepada perkembangan masjid pada masa hadapan. Kebanyakan perkembangan masjid yang berlaku pada hari ini adalah titik tolak dari perkembangan masjid yang berlaku sebelumnya. Bermula dengan pembangunan masjid yang serba sederhana, iaitu rumah junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W hingga kemudiannya berkembang dari satu zaman ke zaman yang seterusnya.

4 comments:

  1. ASSALAMUALAIKUM ENCIK AZIZUL. SAYA MUHAMAD JUNAIDI MERUPAKAN BEKAS PELAJAR ENCIK. SAYA BARU SAHAJA HABIS MAMBACA BUKU HASIL PENULISAN ENCIK. SAYA SEDIKIT SEBANYAK MEMAHAMI FUNGSI & PERKEMBANGAN MASJID DI ALAM NUSANTARA. SELAIN ITU, BUKU INI JUGA MENGGUNAKAN LARAS BAHASA YANG MUDAH DIFAHAMI.TERIMA KASIH. DIHARAP ENCIK AKAN LEBIH BERJAYA DI MASA HADAPAN. TAHNIAH JUGA KERANA DAPAT MELANJUTKAN PELAJARAN PADA TAHAP YANG LEBIH TINGGI.

    ReplyDelete
  2. Salam Junaidi yang dirahmati Allah SWT.

    Moga memberi manfaat kepada Junaidi. Terima kasih doanya.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...

    Abg Azizul, congrats on your book..
    semoga semakin diberkati Allah SWT...
    Achah x sabar nak balik Malaysia for good.. btw, kirim salam family.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah Achah, Proud of u babe!!! jadilah Dr yang baik dan berilmu dan paling penting berbakti untuk tujuan ibadah kepada yang Maha Esa. Bangga sangat dengan adik yang hebat ini dan akhirnya, cakaplah ..lihatlah dunia sekali!!!Salam mama and babah ya!!

      Delete