Friday 2 October 2009

Mughal




















Taj Mahal

TAHUKAH anda teknologi dan seni bina Taj Mahal tidak tercipta begitu saja, malah ia adalah hasil pencapaian seni yang tinggi daripada beberapa monumen Mughal terdahulu seperti makam Itimadud-daula di Agra, India.

Jika ingin melihat keindahan seni bina Mughal, anda perlu menyusuri bahagian timur Sungai Yamuna, Agra di mana terdapat taman, istana, kota dan makam.
Meninjau sejarah seni bina Islam, air menjadi ciri utama seni landskap dan seni bina yang menjadi simbolik pada sungai di syurga yang dijanjikan kepada orang beriman seperti dinyatakan dalam al-Quran.Tidak hairanlah jika kebanyakan monumen taman Mughal memanfaatkan air dan cuaca untuk kesan estetika selain air dihargai pemerintah Mughal dalam pelbagai aspek termasuk agama dan simbolisme syurga.

Seni bina Mughal menjadi fokus siri Ilmuwan Islam terbitan TV3 kali ini yang membawa penonton mengembara dari Delhi ke Agra dalam perjalanan sejauh 200 kilometer dan mengambil masa lima jam.Taj Mahal di Agra diiktiraf Unesco sebagai warisan dunia tetapi kota Agra menghadapi ancaman pencemaran alam.

Sebagai usaha mengelak pencemaran, hanya kenderaan mesra alam seperti kereta berkuasa elektrik dibenarkan untuk mengangkut pelancong sekitar Taj Mahal yang memukau pandangan.Pengukir kraf tangan Mughal mendapat ilham daripada alam, menggunakan motif bunga, mengelak imej manusia dan haiwan kerana ia bertentangan ajaran Islam.Seni pietra dura menterjemah bentuk semula jadi kepada corak dekoratif yang melengkapi seni bina Mughal. Di Agra teknik itu dikenali sebagai pachikari.Ada dakwaan mengatakan Shah Jahan, pembina Taj Mahal, mengarahkan supaya jari pekerja kraf tangan Mughal dipotong supaya mereka tidak berupaya lagi mencipta pachikari atau pietra dura setanding yang terdapat di Taj Mahal.Perkembangan taman Mughal bermula daripada Maharaja Babur dengan pembinaan istana taman di pinggir sungai dan mencapai kemuncak dengan taman Taj Mahal Shah Jahan.

Babur tidak selesa dengan iklim dan tanah Agra yang kontang hingga menghasilkan ciri taman Mughal di lokasi dramatik, penggunaan air yang bijak, gabungan kepakaran seni bina dan landskap.Dalam seni landskap Mughal, taman adalah komposisi ruang yang seimbang antara tumbuhan dan bangunan, tekstur dan warna, cahaya dan bayang, semuanya di reka untuk mempermaikan deria.Menerusi pembinaan Taj Mahal yang turut dihiasi ayat al-Quran, dapat disimpulkan kitab suci itu menjadi rujukan serta pencetus idea untuk mereka yang membina taman Moghul.Tanpa merujuk al-Quran, pasti pembina taman itu tidak berupaya membentuk taman yang mesra alam dan menghormati keindahan alam sekitar terutama potensi sungai sebagai punca bekalan air, sekali gus mencabar kepakaran botani dan kejuruteraan hidrologi.

Al-Quran menganjur manusia memahami alam sekitar kerana adanya alam ini adalah dalil aqli kewujudan Allah.Oleh itu, ilmuwan Islam perlu mendalami pelbagai bidang ilmu sebagai cara untuk menginsafi keagungan Allah.Jurutera Mughal pada kurun ke-17 berjaya membentuk taman dan bangunan mesra alam yang berdiri teguh dan permai di atas konsep keindahan alam dan bukannya pencemaran serta kemusnahan.

Mitos atau Fakta ?

Taj Mahal merupakan sebuah makam yang terletak di Agra, India yang dibina di bawah pemerintahan Maharaja Mogul, Shah Jahan, sebagai memperingati isteri ketiganya yang paling disayangi, Mumtaz Mahal.

Makam rekabentuk Ahmad Lahauri yang siap dibina pada tahun 1648 terkenal dengan rekaan kubah putih yang diperbuat dari marmar yang berbentuk seakan bawang . Perkataan “Taj” itu sendiri melambangkan hasil terbaik senibina Mogul yang melibatkan penggabungan beberapa elemen senibina seperti Parsi, Turki, India dan Islam.

Ketinggian senibina berjaya menempatkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1983 dan turut diangkat sebagai senibina Islam terulung di India dengan warisan senibinanya dikagumi dunia.Pelbagai mitos dikaitkan dengan karya agung ini. Kononnya, Makam ini menurut perancangan awalnya menggunakan marmar hitam dan dibina merentasi sungai jumna. Idea mengenai mitos ini timbul berdasarkan tulisan pengembara Eropah, Jean-Baptiste Tavernier, yang telah sampai ke Agra tahun 1665.
Karya ini turut mencatatkan makam dengan marmar hitam itu gagal dibina setelah Shah Jahan digulinkan anak lelakinya, Aurengzeb. Kisah ini turut disokong Mahtab Bagh yang mana menurutnya marmar-marmar hitam sepanjang sungai di Moonlight Garden telah musnah.Namun, bukti ini Berjaya disangkal dengan kajian tahun 1990-an yang menyatakan marmar hitam yang dijumpai disepanjang sungai itu merupakan marmar putih yang telah hilang warna dan bertukar ke warna hitam. Kemudian teori baru tentang asal kewujudan makam hitam itu, diketengahkan seorang ahli arkeologi yang membina semula sebahagian dari kolam di Moonlight Garden pada tahun 2006.
Menurutnya, pemantulan warna gelap dari makam putih itu jelas kelihatan, ini bersesuaian dengan ketaksuban Shah Jahan dalam rekebentuk bersifat simetri dan kedudukan kolam itu sendiri.Sunguhpun begitu, penemuan tersebut hanyalah sekadar mitos kerana gagal dikuatkan dengan bukti-bukti tertentu bagi mengukuhkan fakta.
Begitu juga dengan kejadian yang menakutkan terjadi kepada arkitek dan pekerja yang dibebani Shah Jahan sepanjang pembinaan makam tersebut sehingga berlaku kematian, pemenggalan kepala dan kecacatan anggota. Mungkinkah benar pendapat sesetengah pihak mengatakan mereka yang terlibat dengan pembinaan telah menandatangani perjanjian tidak terlibat dalam mereka bentuk bangunan tersebut.
Tindakan sama turut dibuat kepada pekerja yang terlibat dalam pembinaan kebanyakkan bangunan terkenal. Fakta yang dikemukan Gabenor India, Lord William Bentinck pada 1830 juga sekadar khabar angina. Dakwa beliau, Taj Mahal dirancang untuk diruntuhkan dan marmarnya akan dilelong.
Menurut penulis riwayat Bentinck, John Rosseli, kisah penjualan marmar dari Agra Fort atau tapak warisan UNESCO tersebut tersebar dari tabung Bentinck bagi meninggikan jualan marmar yang dibuang dari Agra Fort.Tahun 2000 menambah lembaran baru sejarah Taj Mahal apabila rayuan yang dikemukan P.N. Oak disingkirkan Mahkamah Tinggi India, malahan dia turut diminta tidak meneruskan tindakanya itu. Menurut P.N Oak, Taj Mahal dibina Maharaja Hindu.
Oak mendakwa asal perkataan Taj bersama-sama struktur sejarahnya baru-baru ini menunjukan kepada Kerajaan Islam di India yang berasal dari Hindu.Kehebatan Taj Mahal memang tidak disangkal apabila turut dikaitkan dengan alam semulajadi. Menurut Rabindranath Tagore, inspirasi makam tersebut yang diibaratkan sebagai “one tear-drop…upon the cheek of time”, mengaitkan titisan hujan setahun sekali yang jatuh diatas tugu peringatan memberi inspirasi kepada penghuraian tentang makam tersebut.

p.s : Baca pandangan saya tentang Taj Mahal dapam Perbahasan Ciri-Ciri Seni Bina Islam.

No comments:

Post a Comment